Khamis, November 24, 2011

Jejaka 20 dan Manis 17....

To my girl "Happy Birthday to you.... "

Chocolate ice-cream cake for sweet 17th...

November sangat bermakna dalam diari ku sebagai Mama, tarikh perkahwinan dan tarikh ulang tahun 2 orang anak-anak jatuh pada bulan yang sungguh bermakna. Shafiq mencapai usia 20 tahun pada 15hb November dan Hani bergelar simanis 17 pada 22hb November juga. Pada tarikh istimewa Shafiq hanya ucapan melalui fb dapat aku sampaikan, namun ketika pulang bercuti sempena Hari Raya Haji, aku telahpun mengucapkan Selamat Ulang Tahun lebih awal kerana menjangkakan kesempatan yang terhad seiring doa buat anakda tercinta. Dan pada minggu berikutnya merupakan tarikh istimewa untuk gadis manis ku, Hani. Kami bersempatan berjumpa di kawasan sekolah dan membawakan sebiji kek ice-cream untuk dia meraikan bersama teman-teman di bilik asrama. Walaupun sambutan agak berbeza dan janggal, namun tiada apa yang boleh dilakukan memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan, InsaAllah andai diizin Allah, majlis keraian keluarga akan diadakan untuk sambutan November nanti ya Shafiq, Hani....:) Mama memang nak celebrate tapi kita tunggu nanti kakak habis exam dulu, tak kisahlah kalaupun sudah lewat, yang penting kita dapat bersama as a family during the celebration :)

Untuk anak-anak Mama, Mama doakan semuga kalian menjadi anak yang soleh dan soleha, berjaya dalam pelajaran dan pengajian, diberkati dan dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dan bahagia dan berjaya sebagai insan mulia.....Aminnn.... :) My doa for my kids is more than this every moment I prays to my Mighty Allah the Merciful and greatest....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan