Rabu, Mac 23, 2011

Tambah 1 lagi...

"macam used car jer... " kata teman2 yang datang...

Setelah berbincang, kini kunci Satria ke tangan ku.... kini selain Swift lama ku yang aku sayang dan banyak berjasa kepada aku, Satria menjadi penghuni car porch ku yang sempit, ianya menjadi kebanggaan bila mana ramai yang mempersoalkan macammana you all park 3 (CRV, Suzuki & Satri) kereta dalam car porch ni? dah jadi macam used car pulak...! Hahahah lawaknyer..... Mana pulak nak kami tempatkan Volkswagon yang bakal pulang tak lama lagi? Kat luar ke? aduhai sayangnya either 1 kena mengalah nampaknya. Kena di parkirkan di depan rumah gamaknya nanti.... ok kut kan? mudah-mudahan gejala pecah kereta tidak akan terjadi lagi..... ditambah kereta kami kereta lama, tua dan buruk pula.... rasanya sipenceroboh tu berfikiran panjang sebelum menceroboh kereta tua ku nanti. InsaAllah.... mudah-mudahan Allah hindarkan kami dari perkara-perkara yang tidak diingini. Cadangan suami supaya melepaskan Suzuki terpaksa aku fikirkan memandangkan anak-anak yang sudah mula membesar dan bakal melanjutkan pelajaran dan bekerja bakal memerlukan kenderaan mereka sendiri nanti. Aku memikirkan kereta itu sudah tidak perlu bayaran ansuran lagi. Jadi kalau disimpan pun dia tidak membebankan kami. Jadi keputusan ku adalah menyimpannya. Aku berhasrat untuk mencantikkan lagi suzuki tu, cat baru, tukar seat baru, tukar power stering, tukar tayar dan akhir aku akan baiki central lock dengan remotenya... mesti jadi superb punya... !!

Hani yang sudah mula berminat untuk memandu, kini aku giat mengajarnya memandu setiap petang selepas pulang dari kerja. Kesungguhannya dan kemampuannya belajar dan menerima teguran-teguran ku begitu baik..... dan perlahan-lahan dia sudah mula boleh mengendalikan suzuki ku dengan baik. InsaAllah selesai peperiksaan SPMnya nanti akan kami masukkan dia ke mana-mana pusat memandu untuk membolehkan dia belajar memandu dengan lebih bersistamatik hingga mendapat lesen memandu yang sah. Banyak yang aku pesankan padanya, "stay alert and focus semasa berada ditempat pemanduan, dont stress up, relex and enjoy your driving, insaAllah.... driving will be fun... :)"

Isnin, Mac 21, 2011

My old Vwagen

Inilah alat ganti yang perlu untuk Vwagon... pump minyak... jenuh mencari, foreman masih belum mendapatkan alat ganti yang sesuai untuk injin ku...
Injin yang hampir siap dipasang semula, ianya hanya menanti oil pump yang sesuai.....

Beginilah rupa Vwagon kesayangan ku setelah lebih dari 1 tahun tersadai di rumah foreman yang telah di beri kepercayaan oleh saudara ku untuk menyudahkan kerja-kerja baikpulihnya yang tak sudah......

Keadaannya sungguh menyedihkan kami..... hampir menangis aku melihat dia yang tersepuk dipadang rumput dan semak !

Lebih setahun kereta Volkswagen pemberian abang ku tersadai. Ianya berpunca kerana kebocoran minyak hitam. Kami menghantar untuk dibaiki dengan saudara terhampir yang kebetulan mempunyai bengkel membaiki kereta sendiri. Sekarang dia bertukar tangan untuk dibaiki... semuga foreman Haji Zaid dapat menjalankan tugas dan tanggunjawab yang kami amanahkan untuk melihat kesayangan kami berada dijalan raya seperti dahulu.....

Ahad, Mac 20, 2011

Harinya....

My 47 gifts.... they are wonderful.....

Persiapan yang dibuat oleh anak2 dan suami.... they are so sweet... :)

bersama pemberian anak gadis ku Hani....

Bersama Hani & Dania.... Shafiq tidak bersama memandangkan dia tidak dapat bercuti.... U are always in our mind fiq and always with us.....

Bersarapan bersama anak-anak dan suami seperti biasa bila Sabtu sebelum kepejabat. Awal pagi ucapan aku terima dari anak-anak dan suami.... mereka ingat hari lahir ku rupanya. Terharu aku... sambil memandu ke pejabat hati ku riang kerana mereka, anak-anak mencium ku, begitu juga suami ku..... terasa diri begitu dihargai. Di facebook dan wayn teman-teman, saudara juga anak-anak meninggalkan nota ucapan bersama doa dihari lahir ku. Bahagia rasanya..... di handphone sms dan panggilan aku terima seawal malam tadi. Zila dan Lillian menyanyikan lagu ulang tahun buat ku.... mereka buat aku terketawa... seronoknya.... wahhhh !!! Malam tadi Yati menyampaikan hadiah set broach yang cantik semasa menunggu Dania di smart reader.... bukan saja hadiah juga ucapan, sms juga menyusul sebagai tanda ingatan kudusnya.... thank Yati....you are just like my own sister...

Tiba dirumah, aku dihidangkan dengan kejutan lagi....! Ice cream cake dan hidangan KFC menunggu di meja makan.... Hani dan Dania datang dengan hadiah ditangan..... ditangan ku bungkusan yang dibungkus cantik. Sekali lagi aku terharu menerima hadiah dari mereka. Mereka bersedia seawal mungkin tanpa pengetahuan ku membeli untuk ku.... set potpoury dari Dania dan 2 helai tudung dari Hani.... air mata ku bergenang dikelopak mata menunggu gugur andai aku tidak menyekanya.... Ya Allah... aku cuba mengawal agar dia tidak tumpah dihadapan anak-anak juga suami ku. Aku tidak mengharapkan pemberian dari mereka... cukup sekadar ingatan sudah memuaskan dan menggembirakan aku.... Lunch yang cukup mengenyangkan, perut ku padat dengan sepotong ice cream cake dan 2 ketul KFC..... yang pasti cake dan KFC keluar dari poket Papa.... to my husband thank you very much.... to my son... mama missed your present, my feeling you are with me even tho he is not... Esok kami akan bersarapan bersama dan cake ini akan dapat dijamah... InsaAllah.... 19th March 2011 was a wonderful day especially when family, relatives and friends are with us.... my praiest and thankful to mighty Allah.... alhamdulillah....

Jumaat, Mac 18, 2011

Me being 47

Diam tak diam esok ulang tahun ku ke 47.....:) so sweet..... sedari awal lagi ucapan dan panggilan ku terima. Teman-teman seperti tidak sabar untuk aku menjadi lebih usia..... huhuhuhuhhu... anyway thanks to all my friends yang ingat akan tarikh istimewa ku. Iam so touched and happy with your wishes, your ecard n calls of couse. Alhamdulillah.... Allah memberikan aku kesempatan untuk menikmati udara segar ini bersama anak-anak, suami, saudara-mara juga teman-teman. Doa ku semuga hari-hari mendatang dapat aku lalui dengan keimanan, ketakwaan juga ketabahan. Semalam yang berlalu menjadi memori.... aku bersyukur kehadrat mu ya Allah.... kerana rahmat mu ke atas kami sekeluarga.... aku bersyukur dan sangat bersyukur.....

Khamis, Mac 03, 2011

PIBG SMKB

Mesyuarat PIBG SMKB pada 26.02.2011 jam 8.30pagi bertempat di dewan sekolah. Aku hadir agak lewat jam 8.50 dimana mesyuarat sudah dimulakan. Upacara berjalan sepertimana agenda dimulai dengan ucapan Tuan Pengetua Sekolah yang agak panjang lebar tentang pencapai sekolah dalam peperiksaan PMR dan SPM. Segala kejadian penting dimaklumkan, begitu juga tentang 6 orang murid sekolah yang digantung sekolah kerana beberapa kesalahan (merokok)setelah diberikan amaran. Ucapan YDP PIBG juga tidak kurang hebat, namun beliau yang bersahaja menunjukkan keperihatinan terhadap perkembangan sekolah dan murid-murid.

Majlis kembali pada jam 10.30pagi apabila pembentangan minit mesyuarat agung yang ke 11 disahkan, semakan kunci kira PIBG, isu berbangkit dan lain-lain hal semuanya berjalan lancar. Tiba kepada pembubaran dan pemilihan YDP dan seterusnya AJK PIBG sessi 2011 bermula. suara ramai memohon ahli lama dikekalkan kecuali kepada ahli yang tidak hadir tidak dapat dilantik semula. Bermula percalunan nama-nama yang dikirakan layak untuk duduk dikerusi AJK kedengaran. Tersentak aku bila nama aku disebut...! Ya Allah... siapalah pula yang mencalunkan aku.... aduhai rupanya di satu sudut kelihatan sekumpulan warga ibu-ibu yang tersenyum bila aku melihat sekeliling mencari punca suara. 5 nama telah dicalunkan termasuk aku dan kami diminta keluar.... udian dimulakan.... tak sangka aku mendapat 34 undi... rasanya aku tidak begitu kenal dengan para ibu bapa yang hadir.... walaubagaimana pun aku berdoa semuga tidak tercalun.... Alhamdulillah.... Puan Normah mendapat 36 undi maka aku terselamat dari terpilih.... teman-teman yang mencadangkan nampak kecewa.... rasanya aku tidak layak untuk memegang jawatan AJK tu aduhai teman, terima kasih atas kepercayaan kalian.... Kita doakan semuga barisan wakil yang terpilih dapat menjalankan tugas dengan baik demi kebaikan sekolah, murid-murid juga ibu bapa didalam melahirkan anak-anak yang berjaya dan sekolah yang terbilang di Kuala Langat.... InsaAllah...