Sabtu, Januari 29, 2011

3 Doktor dalam sehari....

Dalam sejarah ku dalam sehari aku berjumpa dengan 3 orang Doktor yang berbeza dan berlainan bidang. Mula dengan jam 8.00 pagi aku sudah pun menunggu untuk temujanji rawatan biasa darahtinggi di Pusat Kesihatan T.Datuk. Aku berjumpa dengan Dr Chow Suet Yin, Doktor wanita cina yang manis dan lembut bila berbicara. Hasil ujian darah ku 2 minggu yang lalu, bagus. Dia menerangkan kandungan gula dalam darah tiada, kolesterol seimbang, buah pinggang baik dan tekanan darah pun baik 120/80, hebatkan? tapi ubat masih kena ambil seperti biasa lagi.... boring la. Doktor sarankan aku buat senaman seperti biasa... dia terkejut melihat rekod usia ku dan BMI "you look younger than you age..." aku sekadar tersenyum.... inilah sebenarnya adalah anugerah Allah yang maha esa. Aku sudah lama tidak bersenam seperti kebiasaan 6 bulan yang lalu, senaman ku hanyalah kerja-kerja rumah dan solat. Merujuk kepada ceramah-ceramah ugama yang aku dengar dan beberapa buku dan artikal tentang solat orang islam memang sangat menakjubkan. Setiap pergerakkan dalam solat yang kita lakukan setiap hari sebanyak 5 waktu sesungguhnya memberikan banyak menafaat untuk kesihatan fizikal tubuh badan manusia. Selain ibadah kita kepada Allah kita juga mendapat ganjaran kesihatan yang baik. Aku akui tidak sepandai dan searif para ulama dan cendiakawan, tapi sekadar berkongsi apa yang telah Allah anugerahkan kepada ku. Permakanan yang sihat dan baik juga faktor penting dalam penjagaan kesihatan. Sejak kebelakangan ini aku mengamalkan memakan 3 biji buah kurma (dates) setiap pagi. Sebagaimana yang aku baca dan dengar dari beberapa sumber yang membantu, aku cuba amalkan demi untuk kesejahteraan tubuh dan kesihatan ku. Kebetulan aku menyimpan stok buah kurma semasa bulan Ramadhan yang lalu.

Selesai temujanji dengan Dr. Chow aku ke Pantai Klang Medical Centre untuk temujanji ku seperti yang disarankan oleh Dr. Ravinder supaya aku mendapat rawatan lanjut oleh Doktor orthopedik. Setelah mendaftar dan dengan berbekalkan surat dari Dr. Ravinder aku telah disarankan dan dirujuk kepada Dr. Sia Choong Yeow (Orthopedik). Setelah diperiksa doktor aku diminta untuk membuat imbasan X-Ray dibahagian lutut kiri ku yang bermasaalah. Setelah mendapat lapuran dari Dr. Emily Mah (Imaging Dept) aku disahkan mengalami Mild Osteoarthritis di lutut kiri ku. Dr Sia membekalkan aku sejenis ubat 'Chrondopil' selama sebulan untuk memulihkan dan merawat sendi ku. Aku diminta untuk mengambil 4 capsul sehari... banyak tu!! banyaknya nak ubat setiap hari.... (Amlodipine 5mg, Penndopril 4mg, Lovastatin 20mg)

Petang aku ke Klinik Gigi Vino, telah sekian lama aku mengalami kesukaran untuk mengunyah makanan keras digigi sebelah kiri, terasa nyilu dan sakit bila tergigit benda keras. Kerana itu aku luangkan masa cuti ku hari ini untuk mendapatkan rawatan gigi. Setelah diperiksa, doktor tidak dapat mengesan punca kesakitan yang aku alami. Dengan itu aku disarankan untuk membuat imbasan X-ray untuk gigi ku pula. Nampaknya hari ini saja aku di X-ray 2 kali...... Setelah pasti bahawa punca kesakitan, gigi ku akhirnya dapat di rawat dengan tampalan. Tidak sia-sia cuti yang ku pohon hari ini (28.12.2010) dapat aku menafaatkan sebaik mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan