Selasa, April 27, 2010

Shafiq

Khatam Al-Quran dan anugerah sekolah di Sekolah Agama Banting ketika Tahun 6

Bercuti di Sentosa Island, Singapore

At Sunway Pyramid.....

'Little tourist' @ Seaview Hotel, Langkawi

Swim....bersama Hani at the 'Little pool' @ home....

Sudut istimewanya (Study Table) semasa kecil....

Bersama Datuk ketika ke Zoo Negara....

Muhammad Azaharudin Shafiq yang membawa makna 'Yang terpuji, pembimbing agama yang gemilang dan penyayang. Dilahirkan pada 15hb November 1991 bersamaan hari Jumaat dengan berat 3.6kg pada jam 8.00 malam. Bayi yang cukup sihat dan montel tapi agak gelap kulitnya. Tubuhnya cukup mantap dan padat semasa babynya dia mudah tersenyum dan ketawa bila diajak berbicara. Kami menatang Shafiq seperti minyak yang penuh, dia mendapat perhatian istimewa Datuk dan Nenek juga Mak Yah yang menjaganya semasa ketiadaa kami apabila keluar bekerja. Sehari tidak berjumpa dengan Shafiq, Datuk seperti cacing kepanasan. Shafiq mejadi teman kemana dia pergi, penduduk sekampung mengenali anakku lebih dari kami Mama dan Papanya. Bayangkan setiap petang Datuk akan membawa Shafiq duduk dibakul motornya pusing keliling kampung.... macam ketua kampung lagaknya....

Kerana faktor keturunan Shafiq mengidap 'Asthma' semasa usianya 2 tahun sehingga dia di tahun 6. Pada usiaya 10 tahun penyakit Asthmanya agak kronik yang mana dia kerap kami bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan atas nasihat Doktor dia memulakan rawatan ubatan inhaler dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil 'Auro Chamber' bagi memudahkan ubat inhaler terus masuk ke kerongkongnya. Atas displinnya yang kuat dalam mengawal permakanan dia sembuh ketika usianya meningkat 13 tahun. kami begitu bersyukur apabila semasa pemeriksaan kesihatan ketika memasuki Sekolah Berasrama Penuh dia lepas ujian kesihatan dari penyakit Asthma. kerana penyakitnya juga kami terpaksa menghadkan aktiviti riadahnya kerana bimbang serangan Asthma berulang. Dia hanya dapat menceburi persatuan pengakap sekolah dan aktif hingga keperingkat 'Korobori' dan mengikuti ekpidisi berbasikal dari sekolah hingga ke Pantai Morib ketika usianya 12 tahun. Acara sukan ketika itu terpaksa disingkirkan kerana keadaan kesihatanya.

Dari segi kesihatan dia agak remeh dan banyak berpantang, tapi dari segi pelajaran dia mudah diurus. Dia senang kesekolah dan jarang sekali ponteng biarpun dalam keadaan demam atau lelah dia tetap akan kesekolah. Sikapnya yang patut mejadi dicontohi. Berkat usahanya dia berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dengan mendapat 5A. Dan bermulalah episode penghijrahan ke Sekolah Berasrama Penuh di Sekolah Sains Kuala Selangor (KUSSES). Disinilah perubahan yang amat ketara kepada Shafiq dari banyak segi..... walau apapun dia merupakan anak yang tabah menghadapi apa jua dugaan. Selama 5 tahun hidup dibumbung Sekolah bersama rakan-rakan seusia dengan satu tujuan menuntut ilmu dan menjadi insan cemerlang dan berjaya. Berkat usahanya dan didikan guru-guru sekolah dia kini melangkah dengan gagah ke menara gading. Semuga usaha dan niat sucinya tercapai.

Sebagai anak sulung dalam keluarga, Shafiq kami tanamkan sikap tanggungjawab dan bertolakansur. Dia merupakan seorang abang yang penyayang kepada adik-adiknya. Kasih sayangnya jelas sedari awal usianya. Dia menjadi tempat rujukan adik-adik dan aku kira dia sememangnya boleh aku percayai didalam memikul tanggungjawabnya sebagai pembimbing kepada adik-adik. Biarpun kini dia agak tegas namun sebenarnya dia adalah abang yang sangat baik. Bagi adik-adik, abang sentiasa dihati mereka dan bila agak lama tidak berjumpa dibibir mereka sentiasa menyebut 'abang'.

Aku yakin dengan usaha yang tidak putus dan niat sucinya, InsaAllah dia akan berjaya sebagai Pegawai yang berijazah dan bertauliah. Aku pasti biarpun dia bukan anak yang membangga diri namun disudut hatinya yakin kejayaan menjadi miliknya. Ku pohon keradrat Allah yang maha kuasa semuga kau kurniakan anak ku ketabahan, keberanian dan keteguhan menghadapi hari-hari yang mencabar semasa pengajiaannya. Jadikanlah dia hamba yang berhati mulia dan berjiwa murni serta kau hindarkan dia dari sikap yang kau murkai.... Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan