Sabtu, April 10, 2010

Alfatiha buat arwah....

gambar keluarga Haji Salim & Hajjah Noriah.... Syawal 2000

Gambar arwah Mak bersama anak2, menantu2 dan cucu2 pada perjumpaan Massupi 2001

Alfatiha....... Tarikh yang tak mungkin aku lupa..... 10 April (arwah Mak kembali ke rahmatullah)dan 12 April (arwah Bapa kembali kerahmatullah). Kembalinya kedua orang tua ku kerahmatullah. Semuga roh kedua-dua orang hamba Allah ini sentiasa dirahmati dan dicucuri rahmat serta ditempatkan ditempat hamba-hamba yang soleh dan soleha disisinya. Doa ku sentiasa mengiringi insan yang begitu banyak berjasa untuk ku juga kakak dan abang-abang ku. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa serta pengorbanan yang tidak terhingga kepada kami selama ini. Kata pepatah 'yang patah akan tumbuh yang hilang akan berganti' tidak langsung boleh diguna pakai untuk menggantikan kehilangan orang tua kita. Kepada yang masih mempunyai kedua-dua insan ini, sayangi, kasihi dan hormatilah mereka selagi hayat mereka dikandung badan. Hanya orang yang telah melalui kehilangan ini yang akan dapat merasakan kerugian dan kekosongan tanpa kehadiran insan yang dipanggil ibu dan ayah ini.
Kecanggihan teknologi tidak akan dapat membolehkan kita untuk melihat atau mendengar lagi rupa dan suara mereka seandainya mereka telah kembali kepada penciptanya, kalau pun kita punya handphone yang paling canggih tidak akan membolehkan kita mendengar suara mereka. Hubungilah orang tua kita selalu dan sekerap mungkin untuk bertanyakan kabar mereka seandainya masa kita terhad untuk menziarahi mereka. Mereka sebenarnya akan merasa cukup bahagia apabila anak-anaknya bertanyakan kabar bukan wang ringgit yang diharapkan. Tapi sebagai anak yang telah dibesarkan dan diberikan segala yang terbaik apalah wang ringgit boleh dibandingkan dengan segala pengorbanan kedua orang ini? Kita yang bergelar anak akan menjadi seperti mereka suatu hari nanti dan akan merasa apa yang mereka rasakan, percayalah masa itu akan tiba juga. Kepada arwah, Alfatiha...... semuga Allah menempatkan kalian di Syurga Firdausi...... Amin....

Memori: Mak... usapan tangan mak masih terasa sebelum Mak dijemput yang maha Esa-peristiwa ini ketika aku duduk dibirai katilnya disaat hampir malaikat menjemputnya, mak sempat mengusap tangan ku seolah2 memberitahu aku supaya merelakan pemergiannya. ia sering menjadi persoalan difikiran ku bagaimana insan yang sedang hampir ajalnya masih punya kekuatan dan naluri kasih sayangnya. Inilah bukti kehebatan kasih seorang Ibu yang aku rasai. Pak... bicara lembut Bapa masih terngiang-ngiang ditelinga Na..... sehingga kini. Tika matanya sudah kelam memandang dunia tapi dia tahu aku yang menyentuh tangannya bila ku tanya bapa nak minum apa....? lembut suaranya meminta "apa2 pun boleh...." dia tersenyum bila ku suap teh o hangat kegemarannya, walaupun kudrat telah tiada namun dia gagah tersenyum pabila aku disisinya, saat2 akhirnya dia tidak mahu anak2nya bersusah untuknya sedangkan aku bersedia untuk menuruti apapun permintaannya dialah bapa terbaik bagi ku. SubhanaAllah... begitu besar kasih sayang mereka sehingga nyawa dihujung rambut masih aku terasa. Ahamdulillah aku bersyukur kerana berpeluang menghadapi mereka sehingga Allah mengutuskan mailakat menjemputnya.....Innalillah wainnailahirojiun....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan