Jumaat, April 30, 2010

A Very Strong Boy

Buah tangan untuk Le'en

A strong boy.....

Di bilik 5, wad 8C besama, Le'en, Cik Juma, Hani, Adwa, Faseha & Anis



Hani bersama Le'en dan Makcik Juma....



Hari Rabu minggu lepas sesampainya aku dirumah, Hani bercerita tentang seorang kawannya, yang bernama Solehin yang aku kenali dan kebetulan ayah Solehin itu pernah sekelas dengan ku di Institut Harapan sekarang sedang dirawat di unit ICU Hospital Ampuan Rahimah kerana mengidap 'Lukemia'. Takala mendengar berita itu, aku lantas tergambar wajah Solehin dan sahabat ku, kesian..... hati ku berkata. Kerana maklum akan penyakit yang telah meragut nyawa 2 orang sepupuku. Setelah mendengar cerita dari Hani, aku bercadang dan mengajak Amin untuk menziarah Solehin pada hujung minggu. Kebetulan hari Ahad 25.04.2010 memang telah kami agendakan untuk menziarah ramai saudara yang uzur maka rasanya tidaklah menjadi keberatan untuk singgah di Hospital Ampuan Rahimah untuk menziarah Solehin. Destinasi kami bermula ke Labu, Nilai kemudian kami ke Gombak dan selepas itu terus ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Kami sampai di Wad 8C bilik 5 dimana Solehin ditempatkan berasingan dari pesakit-pesakit lain. Menurut ibunya, Solehin atau Le'en panggilan kawan-kawan di sekolah pengsan semasa disekolah pada hari selasa dan di bawa ke hospital Daerah Banting oleh guru kelasnya. Dia telah dikejarkan ke Hospital Ampuan Rahimah dan ditempatkan di bilik ICU apabila keadaannya agak kritikal. Baru hari ini Le'en ditempatkan di wad 8C. Aku pernah berjumpa Le'en apabila dia datang menziarah kami pada Hari Raya 2008 bersama sepupunya yang juga kebetulan sama sekelas dengan Hani. Agak terkejut melihat akan perubahan fizikalnya....!! Menurut ibunya tubuh dan hatinya membengkak dan tubuhnya menolak darah yang dimasukkan semasa di ICU. Apabila melihat Hani datang dia nampak malu dan sedih.... Hani melihat matanya yang merah dan bergenang, hingga membuat anak gadis ku terkedu hilang kata2 bila melihat sahabatnya yang petah dan candi (bijak berkata-kata) menjadi sedemikian. Sedikit pengatahuan yang aku ada tentang penyakit Lukimea aku kongsikan bersama ibunya, semuga mereka bersedia akan kemungkinan semasa tempoh rawatan. Doktor telah memaklumkan bahawa rawatan Le'en akan bermula pada hari Selasa jam 10.00 pagi sebanyak 7 sessi. Seharusnya pesakit yang akan melakukan rawatan kimoterapi menjaga permakanannya sedari awal supaya tubuh badan pesakit bersedia dengan kesan dari proses kimo itu nanti. Pengalaman Kakak ku Rohana, yang mengidap kanser payudara, arwah adik ipar ku Arwah Mayah kanser Tairod dan sepupu ku Boy dan adiknya yang mengidap Lukimea. Manakala anak sepupuku Helmi juga pada awalnya was suspect Lukimea, tapi atas usaha untuk pulih adik sepupuku mengiktiarkan berbagai-bagai makanan tambahan untuk Helmi supaya sel darah merahnya meningkat. Dia kini mendapat rawatan Doktor berterusan dan diketegorikan sebagai 'blood disorder' instead of Lukimea...... menurutnya penjagaan makanan adalah sangat penting dan jangan bergantung kepada ubat-ubatan yang diberikan sahaja, Nor memberikan Helmi, susu kambing, spirulina, vitamin E & B complex juga 'bird nest' untuk menambahkan sel darah merah Helmi, petua ini akan ku kongsikan dengan siapa juga menghadapi masaalah ini. Kepada Le'en kami berikan dia kata-kata semangat dan yakin diri untuk menghadapi proses kimo dan penyembuhan dengan positif dan sabar. Kami sempat bersama mereka sehingga waktu lawatan tamat.


Melihat keadaan Le'en, kami menyarankan kepada Hani supaya memaklumkan kepada teman-temannya disekolah melawat Le'en sebelum proses kimoterapinya bermula. Dengan tujuan supaya Le'en lebih bersemangat melawan penyakitnya. Papa memberikan kesediaan untuk membawa Hani dan kawan-kawan ke hospital esok selepas waktu sekolah. Aku sendiri tidak menyangka yang suami ku bersedia untuk mengorbankan masanya untuk ke hospital, menurutnya dia tidak dapat untuk berkata-kata ketika melihat keadaan Le'en pada hari itu...... 'hiba hati papa... ma' kata Amin. Di perhimpunan sekolah pagi Isnin guru besar telahpun memaklumkan akan situasi Le'en. Hani bersama 3 orang teman perempuannya ke hospital untuk melawat Le'en, untuk menceriakan lagi Le'en aku gubahkan sebakul buah-buahan dan bunga khas untuk Le'en sebagai buah tangan dari teman-teman sekolah supaya Le'en terhibur dan rasa dihargai. Tempoh masa 1 jam waktu makan aku bergegas ke kedai bunga untuk mencari bakul kemudian ke econmart untuk menbeli buah dan last sekali aku ke Bandar Puteri untuk mendapatkan bunga. Alhamdulillah dengan masa yang singkat aku berjaya menghasilkan buah tangan untuk anak sahabat ku ini.


Amin yang datang bersama-sama 4 anak-anak sekolah ini ke pejabat untuk mengambil jambangan dan kemudian mereka terus ke Hospital. Menurut Hani, jambangannya menjadi perhatian dan tarikan pengunjung juga pesakit di hospital, ada yang meminta buah didalam bakul.... tapi tidak diberi memandangkan ianya dibuat khas untuk temannya yang sedang dirawat disana. Sampai disana Le'en menerima kejutan dengan kehadiran teman-teman gadisnya, bermula la siibu mengusik anak bujangnya.... menurut Hani Makcik Juma pandai menyakat dan mencari bahan mengusik Le'en dan teman-teman ini juga pandai melayan supaya Le'en tidak janggal dan silu malah mereka berjaya membuatkan Le'en tersenyum. Mereka semua pandai memainkan peranannya untuk membuat Le'en senyum dan ketawa.... Hani telah pun kami maklumkan akan sedikit sebanyak penderitaan yang dilalui oleh pesakit Lukimea. Sebolehnya dia cuba untuk mengembirakan teman yang sedang dalam ujian Allah ini.


Selasa pagi jam 9.20, aku menalipon Le'en dan Juma (ibu Le'en) untuk bertanyakan kabar.... menurutnya dia sudah pun bersedia untuk memulakan sessi kimoterapinya..... aku berpesan supaya dia sentiasa beristifar dan mengingati Allah, kerana kami yang bersama akan sentiasa mendoakan akan kesihatannya.... biarpun nada suaranya lemah tapi aku yakin anak muda ini bersemangat dan telah pun bersedia untuk memerangi penyakitnya..... Allahhu Akbar, sayunya hati ku.... aku hampir menangis ketika itu takkala aku katakan bahawa 'Le'en budak kuat dan Cik Su yakin Le'en akan sembuh dan InsaAllah nanti Le'en boleh sekolah balik". Bila ku letak ganggang talipon airmata ku menitis laju......ujian Allah kepada hamba-hamba yang dikasihi. Khamis, 29.04.2010 jam 3.00 petang aku talipon Le'en bertanyakan kabar, kerana aku kira mungkin dia sedang beristirehat selepas kimo pada hari Selasa. Rupa-rupanya dia sedang dikimo lagi...!! hari Khamis merupakan sessi ke 3nya dan ianya akan berterusan hingga ke hari Isnin. Aku mendengar suaranya yang garau dan dia masih mampu apabila ku ajak berbicara. Aku kagum dengan kekuatannya...... aku berpesan dan berpesan lagi padanya aku mahu dia tahu bahawa diluar ramai orang yang mahu melihatnya sembuh dan sama berkongsi penderitaannya begitu juga dengan Juma, si Ibu yang sudah tentunya sedang gundah hatinya melihat sianak yang sedang sakit...... Rasanya aku ingin sekali menziarahinya, tapi aku tak harus kesana, kerana aku sedang tidak sihat dengan selsema dan batuk ianya tidak sesuai untuk Le'en. Antibodinya yang lemah kini tidak boleh menentang virus jadi seeloknya Le'en terhindar dari sebarang jangkitan untuk prosses penyembuhannya berjalan lancar. Kepada Juma aku nyatakan juga doa kami sekurang-kurangnya dia juga maklum selain dirinya dan keluarga banyak doa yang mengiringi kesembuhan anaknya...... Sehingga hari ini Le'en sudah pun melalui 4 sessi kimoterapi dan aku berdoa dan dengan izin Allah dia akan sembuh dan dia akan dapat melalui zaman remaja dan persekolahan seperti anak-anak yang seusia dengannya.... InsaAllah..... Amin......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan