Isnin, Mei 03, 2010

Begini rupanya kimo....

Le'en sedang dalam sessi kimo yg ke 6
Beginilah keadaan Le'en ketika kami datang menziarahinya


Atas permintaan Hani, selepas ke Sungai Besi menziarah Abang dan meninggalkan Mimi dan Nawa di MidValley yang kami temui di UPNM, kami ke Hospital Ampuan Rahimah untuk menziarah Le'en. Dia telah dipindahkan ke wad G3. Aku kira wad di sini agak istimewa dan pesakit-pesakitnya merupakan dari golongan seperti Le'en juga. Tak ramai yang melawatnya, hanya adik-beradiknya dan seorang teman gadisnya bersama keluarganya. Melihat dari riak wajah dan sekujur tubuh yang terbaring dikatil hospital kelihatan sedikit berbeza dari minggu lepas. Dia menunjukkan perubahan yang positif 'what a strong boy...' hati ku berdesis, gembira dengan perubahan positifnya. Proses kimo Le'en masih berjalan dan dia sebenarnya masih didalam rawatan dan hari ini merupakan sessinya yang ke 6. Tangan kanan ubat kimo sedang menitis masuk keurat tangannya dan ditangan kirinya pula darah jenis B+ sedang menitis masuk. 'Beginilah keadaan saya Cik.... saya dah mula rasa loya-loya' keluhnya, 'terbaring tak boleh buat apa pun sampai sudah' keluhnya pada ku. Kesian mendengarkannya loya tu sememangnya perkara biasa bagi pesakit yang dalam rawatan kimo beritahu ku padanya 'tapi esok habiskan? tanyaku... dia lantas menganggukkan kepalanya dan tersenyum...... 'InsaAllah Le'en akan sihat ni.. kata ku' Hani mengusiknya... 'mana tak sihatnya Ma... makwenya ada tu...!, mestilah dia kuat..!" sambil menunjukkan seorang gadis berdiri betul-betul disisi ku. Hani mengusik Le'en yang memang nampak gembira dan senang dengan kehadiran gadis disisi ku. Mudah-mudahan dengan kehadiran ramai teman dan saudara akan dapat memberikan dia semangat untuk melawan penyakitnya, itulah sebenarnya yang patut diterima oleh Le'en.



Sebenarnya aku dan Dania tidak bercadang untuk masuk tapi atas cadangan Hani supaya kami bersedia memakai 'Mask' dan mask tu pula ada dijual di Hospimart di situ maka aku dan Dania yang menghidap selsema masuk juga ke wad G3 untuk menziarah Le'en. Kami tak lama memandangkan kami bercadang untuk mendapatkan rawatan ke Klinik di Bandar Puteri pula, sebab dah hampir 1 minggu selsema kami tak juga sembuh dan badan dah mula panas dan kepala pun dah pening-pening. Tapi disebabkan kedegilan ianya tidak diendahkan...... Kami tinggalkan wad G3 dengan doa semuga Le'en akan dapat dipulihkan dan kembali ke sekolah seperti mana hari-hari biasa. InsaAllah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan