Sabtu, Mei 29, 2010

Selamat Datang Lumut......


Selepas makan tengahari Shafiq dihantar olih Papa dan Hani pulang semula ke UPNM, Zuhir dan Ejai yang hanya mengikut setengah jalan. Mereka akan pulang esok dan menjalani latihan di Kongkoi pada hari Isnin. Manakala, Shafiq akan berangkat ke Lumut esok 30.05.2010 (Ahad) bersama penuntut Navy yang lain selama 4 minggu. Dirumah, ruang tamu penuh dengan segala barang-barang persedian yang patut dibawa. Bersungguh-sungguh dia mengilap kasut, menggemas segala keperluan yang harus dibawa. Kasut saja aku kira ada 4 ke 5 pasang, uniform siap digosok dan dihang dan macam-macam lagi yang harus disediakan sebelum berangkat. Segalanya baru dan diminta supaya aku membantu menuliskan nama dan nombor tenteranya. Sayangnya handphone aku rosak dan masih dikedai, jadi tak lah dapat aku mengambil gambar persiapan Shafiq yang bukan main banyaknya. Duit gaji abang banyak habis kat sini lah Mama..... getusnya. Aku paham akan perbelanjaannya sejak beberapa bulan agak banyak, segalanya demi persediaan latihan yang bakal dijalani di Lumut nanti.

Kebetulan, Dania demam sejak minggu lepas, hari ni badannya panas lagi, jadi niat ku untuk menghantar Shafiq balik ke U terbantut. Tapi abang faham keadaan adiknya yang tidak sihat sejak beberapa hari ini. Sebelum berangkat, aku cium pipi dan dahi anak ku, aku peluk dia erat aku tepuk-tepuk bahunya sambil memberikan dia kata-kata semangat dengan menyeka airmata ku yang hampir gugur. Aku yakin akan kemampuan dan kesungguhanya didalam menjalani latihannya dan dia juga tahu setiap perjalanan akan diiringi doa Mama. Ku hantar hingga ke pintu pagar, isyarat 'tumb-up' ku tunjukkan kepadanya sambil menganggukkan kepala dan senyum padanya dan dia juga membuat isyarat yang sama sambil menganggukkan kepala dan senyum dengan penuh yakin. Aku tahu dia paham akan maksud ku dan aku juga paham akan maksudnya. Dia sebenarnya akur dan maklum bahawa doa dan restu ku sentiasa bersama, semuga kejayaan menunggu disetiap perjalanan dan perjuangannya.... InsaAllah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan