Khamis, Februari 18, 2010

Try to think of this...


When someone is angry they just want to be alone….
When someone alone they keep wondering to have someone
When someone is bored they look for entertainment…
When someone is upset they are un happy and distress
When someone is crazy their looking for something…
When someone can’t find something they are hopeless…..
When someone disappointed they feel hurt…..
When someone get hurt they used to cry alone ….
When someone crying ….they just want the tears fade the pain
When someone being ignore they feel they are dumped
When someone is failed they looses their hope….
When someone discriminated they feel so unfairly judge
When someone betrayed by someone their looking for their chance to do same….
When someone loose the faith they hate to trust again
Have you ever felt this? This is normal….if you feel those things in life your great….

Coz your perfectly created by God…..get hurt, get angry, get disappointed, get upset. Sometimes hopeless, sometimes crazy, sometimes loosing faith. Sometimes keep asking why? Never have a doubt everything in this world is planned and whatever come in your way every single minute of your life. Your lucky being what you are………. a human… the most perfectly created by God…One day you’ll be amaze those things is just a way to life. And get back your smile again and you’ll feel better…. (Share this with our friends coz is was from friend too)

Bersantai di Pantai Kelanang

Dania bermain air di gigi pantai
Choosing an ice-cream.. yang mana satu ya?
Bermain pasir di Pantai...
Puyuh goreng....
Satay ayam dan daging...

Last minute anak-anak merancang untuk balik kampung selepas kerja-kerja baik pulih car porch rumah lama siap. Papa janji kalau siap hari kita balik dan akan balik semula ke Banting hari Rabu pagi. Tapi oleh kerana ada perkara-perkara yang menghalang kelancaran kerja, maka hajat untuk balik ke kampung terpaksa dibatalkan. Untuk menjaga hati anak-anak especially Dania yang memang kuat keinginannya untuk balik kampung, kami bawa dia ke Pantai Kelanang petang Selasa. Walaupun tak lama di pantai, tapi sempat juga dia bermain pasir dan air laut di gigi pantai. Pantai Kelanang tidak sesuai untuk bermandi-manda pada hemat ku, memandangkan airnya yang keruh. Pengunjung memangnya ramai, tapi agak kurang kemudahan asas. Banyak yang perlu ditambah dan ditingkatkan untuk menjadikan ianya tarikan pengunjung.

Kerana keletihan siang tadi, malam kami bawa anak-anak makan di Bingo's, selera anak-anak yang berbagai, kami serahkan kepada Bingo's untuk melayannya....... Shafiq minta nasi paprik, Ejai minta nasi ayam, Hani minta Nasi goreng ayam, Dania minta satay, Papa minta tomyam beehon and Mama ask for kueyteow soup, menu tambahan malam tu puyuh goreng since Ejai never tasted the burung puyuh... so we let him try... and he loves it!

Makan bersama keluarga Seah

Hani dengan Kakak Seah

Ejai, Mime dan Shafiq dah kenyang la tu.....

Seah dan Amin yang tak habis bercerita.... tak habis pasal kerja la tu!

Angpow yang diterima oleh anak-anak

Seperti tahun-tahun yang lalu setiap kali Tahun Baru China aku akan memasakkan rendang ayam dan ketupat segera untuk family Seah. Sebenarnya sejak mengenali mereka hampir 5 tahun yang lalu, keluarga Seah sememangnya tidak akan ketinggalan datang berhari raya kerumah dan mereka ini sebenarnya penggemar makanan melayu. Dikesempatan itu setiap kali Tahun Baru China aku akan menyediakan masakan istimewa makanan melayu (rendang dan ketupat) khas untuk mereka pada hari makan keluarga (New year eve). Biasanya belum pun sempat Amin sampai ke rumah dari menghantar makanan, Seah akan menalipon dan mengucapkan terima kasihnya berkali-kali dan memberitahu yang rendang kami sudah habis dan semua ahli keluarganya menyukainya...... memang lucu, anyway Iam happy coz they like my cooking very much.... :). Dan each year juga Seah dan familynya tidak akan lupa untuk mengundang kami dinner bersama dan biasanya it will be a seafood dinner, actually tiada balasan yang kami harapkan, ianya adalah pemberian iklas dari kami, since they are a very nice friends. Perjumpaan kami sebenarnya jarang berlaku, we only meet twice a year, semasa hari raya dan tahun baru china tapi semacam ada 'chemistry' pulak. Both of our family are very comfortable and happy bila bersama. Family Seah boleh kami kira one of our non muslim friends yang rapat dengan keluarga kami. Anak-anak juga akan bertanyakan dan ingat akan Family Seah bila Tahun Baru China.

Agak istimewa tahun ini, isteri Seah baru sahaja melahirkan baby baru (boy) dan seperti biasa kami diundang ke rumahnya. Tapi kali ini, juadah rendang dan ketupat kami bawa bersama dengan harapan isterinya yang dalam berpantang dapat menikmati hidangan kegemaran mereka. Rendang juga aku masak kurang penggunaan cili supaya isterinya sama-sama boleh menikmatinya. Ahli keluarga kami bertambah memandangkan sekarang anak-anak angkat ku sudah bertambah..... hahahaha.... kali ini Ejai dan Mimie ikut sekali menyambut Tahun Baru China dan Amin memperkenalkan anak-anak baru ini kepada keluarga Seah. Sebelum pulang Seah mengajak kami bersama anak-anak baru makan malam di Pulau Carey @6.30 petang dan anak-anak mendapat pek merah (angpow) dari Uncle Seah, its a chinese tradition to give away a angpow to a non married person. Amboi... anak-anak bukan main seronoknya lagi..... Tengahari kami bawa anak-anak ke rumah terbuka di rumah Uncle Phoo pulak. What a nice lunch they served coz he cater a malay food, nasi beryani, rendang daging, ayam tomato, dalca, acar timun, ikan bakar, meehoon dan cendol banting. What a day.... hari ni hari kelepasan Mama dari masuk dapur.....

Rabu, Februari 17, 2010

Rumah Anak Yatim & Miskin At Taqwa

Bersama 2 orang anak yang sedang menikmati makanan mereka

Anak-anak sedang menikmati hidangan
Hani bergambar bersama salah seorang anak yang menghuni rumah istimewa ini

Amin sedang melayani anak-anak yang sedang menikmati juadah

Anak-anak sedang menjamu selera

Melayan anak-anak yang sedang berbaris....

Amin bersama salah seorang sukarelawan di Rumah Anak Yatim

Shafiq, Dania dan Mimie membantu menghidangkan makanan

Menghidangkan makanan untuk anak-anak

14.02.2010 (Ahad) selepas pemasangan Batu Nesan Arwah kami ke rumah anak Yatim & Miskin At Taqwa, Sungai Manggis. Hajat Amin yang selama ini yang tertangguh tertunai juga akhirnya untuk menjamu anak-anak di Rumah Yatim & Miskin At Taqwa ini KFC. Seronok melihat anak-anak yang seramai 30 orang ini menjamu selera pagi itu. Atas kerjasama Shafiq bersama kawan-kawannya Ejai dan Mimie serta adik-adiknya Hani dan Dania yang menguruskan KFC seperti mana yang telah dijanjikan untuk sampai ke rumah anak yatim pada jam 11.00 pagi. Anak-anak yang telah pun dimaklumkan sejak malam tadi sedia menunggu untuk menikmati juadah kegemaran semua ini. Seronok melihat anak-anak ini menikmati hidangan..... dengan keletah dan kerenah masing-masing. Anak-anak yang menghuni rumah ini terdiri dari anak sekecil 3 tahun dan sebesar 17 tahun. Semuga mereka ini mendapat kasih sayang dan perhatian serta didik agama dan pendidikan duniawi yang sewajarnya untuk bekalan dunia dan akhirat. Inilah tempat yang paling sesuai untuk anak-anak yatim dan miskin ditempatkan demi untuk menjamin keselamatan dan masa depan mereka. Mudah-mudahan mereka ini tidak akan merasa terpinggir atau tersisih dari masyarakat, mereka ini tergolong dari insan yang sedang diuji oleh Allah yang maha pengasih dan penyayang..... WaAllah hualam.....

Cemas....

Kayu yang menimpa Shafiq.......

Shafiq ketika menunggu di bilik X-ray

Mencemaskan apabila salah satu kayu gelegar yang berukuran 2" x 5" menghempap bahu Shafiq, ketika kerja menggantikan Car Porch di rumah lama. Kejadian petang 14.2.2010 @2.30 petang itu membuatkan aku bergegas membawanya ke Hospital Daerah Banting. Biarpun dia menolak untuk dibawa ke Hospital, tetapi Papa, Ejai dan Mimie memberitahu ku bahawa hentakkan kayu itu kuat ke atas bahunya. Bila ku lihat sememangnya ia meninggalkan kesan luka, lebam dan bengkak di bahu kirinya. Mahu tidak mahu dia terpaksa akur atas desakkan kami. Sesampai di hospital, Shafiq didaftarkan sebagai pesakit luar dan tak sampai 1 minit dia dipanggil masuk. Melihat akan kecederaaan dan setelah dimaklumkan kepada Pegawai Perubatan yang bertugas dia telah dirujuk untuk X-ray dan luka dicuci serta diberikan suntikan untuk 'kancing gigi' untuk mengelakan sebarang komplikasi selepas ini. Alhamdulillah... keputusan X-ray tidak menunjukkan sebarang keretakkan atau patah tulang. Tetapi kesan dari hentakkan kuat itu mungkin telah merosakkan otot bahunya. Dari apa yang di lihat Shafiq cuba menahan kesakitannya untuk mengelakkan dari kebimbangan kami... that is Shafiq that we know..... Dalam banyak hal dia sememangnya tidak akan menyusahkan kami.... Sebenarnya dia boleh mengelak atau menepis kayu yang menimpanya, tetapi menurutnya sekiranya dia mengelak kayu itu akan menimpa Papanya pula.... SubhanaAllah.... dia korbankan dirinya untuk Papa rupanya..... Amin agak terharu bila aku maklumkan akan kejadian yang menimpa Shafiq adalah kerana untuk menyelamatkan dirinya.... Tidak ada kata-kata yang keluar dari mulutnya.... terkedu dan terdiam.... sehingga akhirnya dia berkata "Terima kasih anak Papa.... "

Malam tu Papa bawa Shafiq untuk berurut di Sg. Lang tapi mungkin tiada rezekinya 'Wak' tukang urut tidak ada di rumah, sehingga malam yang berikutnya kami diperkenalkan dengan seorang lagi tukang urut di Kanchong Darat oleh Ayah Mimie yang kebetulan maklum tentang kejadian petang Ahad, ketika aku menghantar Mimie pulang selepas makan malam bersama Uncle Seah di Pulau Carey.

Doa ku semuga Shafiq akan segera sembuh sebelum pulang semula ke Universiti dan menjalankan aktiviti hariannya. Untuk selama 1 minggu di rumah nampaknya dia terpaksa kami kecualikan dari membantu kerja2 yang biasa dibuat semasa cuti.

Jumaat, Februari 12, 2010

Cuti Tahun Baru China yang bermakna

Batu Nesan yang telah reput disemadikan....

Kerja2 penggantian sedang dijalankan

Alhamdulillah selesai hajat dihati....


Kerja2 penggantian car porch dirumah lama


Kiraan kalender Cina, tahun 2010 merupakan tahun Harimau dan akan jatuh pada 14.02.2010 bersamaan hari Ahad. Tahun Baru Cina tahun ini bersamaan dengan Hari Kekasih (Valentine Day). Cuti perayaan bermula dari hari Sabtu hingga hari Selasa, namun bagi sesetengah Sekolah ditutup selama seminggu. Dikesempatan ini, kami merancang untuk memperbaiki Car porch rumah lama kami di Taman Sri Cheeding yang agak uzur, dengan bantuan Shafiq dan Ejai yang akan balik bercuti selama seminggu nanti. Memandangkan penyewa juga kebetulan akan balik kampung, jadi sememang cukup sesuai untuk kerja-kerja pembaikan dibuat ketika dia tiada, memandangkan mereka baru saja menerima kelahiran seorang baby baru. Kerja-kerja ini dijangka akan mengambil masa selama 3 hari untuk siap.

Hajat untuk menggantikan batu nesan dan kepuk/kijeng di kubur abang ku arwah Haji Azahari (Net) juga tertunai, InsaAllah pada hari Ahad @9.00 pagi. Batu nesan dan kepuk/kijeng kayu yang sudah reput semamangnya perlu diganti memandangkan usianya yang telah hampir 21 tahun dan kedudukannya yang bersebelahan dengan anak sungai. Kerana lokasi dan beberapa faktor maka kami kira perlu untuk menjaga dan memperbaikinya supaya ianya tidak pupus atau terhapus. Alhamdulillah rasanya cuti yang agak panjang ini dapatlah kami sekeluarga memenafaatkan sebaik mungkin. Jemputan untuk 'Rewang' kenduri kawin hari Sabtu di rumah jiran arwah Mak (Kak Semah dan Abang Sarip) hari Sabtu pula, pagi Sabtu ada sessi pembayaran yuran Sekolah Sri Langat untuk Dania dan sebelah petang jam 2.00 ptg mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Banting untuk Hani pula, jadual hari Sabtu dan Ahad memang padat. Shafiq yang telah aku maklumkan tentang program cuti Tahun Baru Cina ini bersedia dan gembira untuk membantu nampaknya, cuma katanya 'lepas tu mama belanja makan tau...' hahahaha....... memang nak belanja pun sebenarnya, infact plan nak ke Universiti minggu lepas had KFC lunch with the boys tapi anak-anak ni pulak sibuk berpindah rumah.... so terpaksalah dibatalkan....... jadinya mama belanja bila semua kerja-kerja siap lah macam ni...... hahahahaha..... Kalau nak makan kat Bagan Seafood pun boleh, cumanya mungkin pack sebab Tahun Baru Cina dan harganya tentu mahal dari biasa sebab demand tinggi. Takpa lah kita tengok nanti kat mana anak-anak ni memilih untuk makan.

Khamis, Februari 11, 2010

Hard contact lance and scalling

An article about Dr. Jenny @ her clinic

A very nice Doctor

Seperti biasa setiap 6 bulan Hani need to go for her eyes check-up, but it seem like 2009 we have skip her eyes check-up with Dr. Jenny, Ophir Eye clinic & Surgery. So as usual she will only complaint after she found the the vision goes blur, she surppose to do the check-up every 6 month as advised by Doctor. Anyway sometimes we overlook at it. Dr. Jenny was a nice lady doctor and Hani eyes has been checked by Dr. Jenny since she was 6 years old. I call up for appointment, on 30th January 2010 (saturday) @10.00am Doctor is free. Routine exemination for her eyes, Doctor did a Topographic and after look at the file she advise Hani to used a Hard Contact Lance when she found out that the power had increased and on certain factors. Hani refused to used a contac lance due to her own reason and said she prefer to used a spectacles. Anyway Doctor ask her to think it over and gave her up to April to decide and again meet her on that particular month. My opinion is, my girl is scared and not aware of a contact lance and she immediately refused on the doctor recommandation. Hani was given the prescription for her spectacles and the instructions is a plastic lences. I just let her be, ask her to think it over before we proceed to a optician.
It was a surprised one fine day when she said that she agreed to put on the contact lence, Alhamdulillah.... before we go to the optician she decided that. I have to fix a new appointment with Dr. Jenny for the contact lances. Doctor gave a new appointment on Tuesday @3.00pm but it was postponed the next day and time due to her own reason. Finally she went for all the procedure of the contact lance, the nurse showed her how to put in and take off the lances, and she ask a few questions about the lances to Dr. Jenny. It will take 2 weeks for the lances to be ready due to a long holiday of the Chinese New Year. After settle the bill of RM350.00 we leave Ophir Eye Clinic and lead to the Dentis.
It a wonder why Hani had a yellowish tooth problem.... she been taking all type of toothpaste to solve the problem but it seem dosent work include the traditional Indian powder toothpaste. I decide to take her to Dr. Yusri for a scalling. After almost 30 min with the dentist the tooth problem finally solved and she was remind not to drink a coffee or tea and stop using normal toothpaste, she can only used a special toothpaste by the dentist as provided. The toothpaste itself cost me RM35.00 it was as medium size tube name GC tooth Mousse and dentist total charges was RM85.00 not bad hah? anyway it is for my girl.....ok la... since she is now become a young lady why not? I just want her to have herself confidance, that all. She thank me when we are in the car and I guess today is her happy day!!!

Sabtu, Februari 06, 2010

Ziarah

3 saudara sepupu yang rapat: Nor, Ela & Nena

Hari ini saja 2 berita orang sakit aku terima, adik sepupu ku Suhaila dan anak adik sepupu ku Zikry yang sekarang berada dikabarkan berada di wad kanak-kanak Hospital Banting. Selepas solat maghrib dan menghantar Hani ke kelas Teakwando kami ke Kanchung untuk menziarah Suhaila. Nor, adik sepupu ku yang rapat dengan ku menyampaikan berita tentang Suhaila ku ajak sekali untuk menziarah Ela dan kami berjumpa di Kanchung. Biasalah kami yang sememangnya telus dan mulus diantara kami mendengar akan penjelasan penyakit dan bertanyakan beberapa perkara tentang penyakit yang dihidapinya (Lap & dye and endoscopy precedure) anyway it is a scientific words yang melibatkan organ peranakan wanita yang biasa dihidapi oleh kaum wanita. Mendengarkan ceritanya buat aku simpati dengan apa yang telah dilalui semasa proses rawatannya dan tersentuh hati mendengarkan Shakira was asking 'where is my baby boy mummy?' bila dia melawat mummynya yang ditempatkan di wad ibu-ibu bersalin yang mana terdapat baby disetiap katil bersama ibunya. Naluri seorang kanak-kanak yang sudah punya perasaan kasih sayang kepada insan yang dipanggil adik dan dia teringinkan adiknya sendiri..... semuga Allah yang maha esa mengizinkan memakbulkan doa anak kecil ini.

Kami mengharapkan semuga adik ku Ela akan tabah menghadapi ujian Allah ini, kerana Allah hanya akan menguji hamba-hambanya yang dikasihi. Di Kanchung jugalah kami mendapat berita bahawa Zikry juga sekarang berada di Hospital Banting kerana serangan 'Asthma'. Dikesempatan itu aku dan Nor singgah ke Hospital untuk menziarah Zikry yang ditemani Mastura di Wad kanak-kanak. Mungkin kerana cuaca yang panas dan aktiviti sekolah yang giat dengan latihan sukan untuk persedian sukan sekolah Zikry mudah diserang Asthma. Dan juga beberapa faktor lain turut menjadikan dia mudah diserang. Semuga rawatan segera dan rehat yang cukup akan dapat memulihkan dia dan membolehkan dia memulakan persekolah seperti biasa InsaAllah........

Selasa, Februari 02, 2010

Teakwando Grading Hani & Dania



Dania ketika membuat Teggio 2
Hani bersedia untuk Teggio 8

31.1.2010 (Sabtu) bersempena cuti umum untuk perayaan Thaipusam bertempat di Dewan Sri Jugra, Teluk Datuk @1.00 ptg semua perserta dari Saujana Teakwando Centre sudah bersedia untuk ujian ketangkasan termasuk Hani dan Dania. Hani akan menduduki ujian untuk ke talipinggang Hitam dan Dania akan menduduki ujian untuk ke talipinggang Hijau 1. Hani yang agak gugup hanya berjaya memecahkan papan untuk kali ke2. Dania keseluruhanya baik dan harap mereka berjaya.

Makan malam bersama anak2 UPNM

Baby Kailan with onion
Sea Coconut & Lychee for dessert

Sotong goreng tepung

Siakap 3 rasa

Pahat2 daun kari

Tom Yam campur

Bergambar sambil menuggu makanan




Sempena cuti hari wilayah, Shafiq dan kawan-kawannya balik bermalam. Biarpun hanya 1 malam tapi memadai bagi mereka melepaskan rindu menghirup udara luar. Anak-anak yang keluar bershopping, menonton dan berbowling ceritanya... mengajak kami keluar makan malam di Bagan Seafood, Port Klang. Seronok biarpun biasa makan bersama sepanjang mereka pulang bercuti, tapi malam ini agak istimewa memandangkan anak2 ini yang beria-ia to spend for dinner...... amboi.... maklumlah masing-masing sudah bergaji. Anyway the tought that count actually. Walaupun sampai di Bagan Seafood agak lewat namum semua meja penuh. Mujur dalam perjalanan aku sempat membuat tempahan untuk kami, dan kebetulan kami sampai ada meja yang baru dikosongkan dan belum pun clear lagi, we just wait for a few minutes for the waiter to clear our table for 8.
Makanan malam tu, Siakap 3 rasa, Pahat2 daun kari, TomYam campur, Sotong goreng bertepung, Butter Prawn, Baby Kailan bawang putih, dan Sea coconut & Lychee untuk dessert.