Isnin, Mac 26, 2012

1351

Tak dapat untuk menggambarkan perasaan hati bila mana membaca surat gadis ku pagi itu (21.03.2012). Surat yang ditujukan khas buat Papa, diletakkan betul2 di sejadah bilik....namun aku orang pertama yang membacanya kerana ku sangka apakah kertas yang melekat di sejadah ku. Maaf dipohon dan dia menjelaskan keadaannya dan di tengah-tengah terdapat 1351 angka apakah itu? surat akhir terpaksa ku lepaskan untuk Papa membacanya, aku tahu dia agak kecewa, namun sebagaimana jangkaan ku dia cuba mengawal emosi sehabis mungkin. Analisa kami mendapati bahawa itulah keputusan SPMnya. Kami berpandangan, walau tiada kata2 yang lahir dari bibirnya namun aku tahu apa yang tersurat dilubuk hati si Papa. "Pa.... she tried her best already.... itu takdir untuk dia..., kan kita dah janji akan terima apa pun keputusannya nanti...." kata2 ku termakan juga olehnya.... di kereta semasa menuju ke Sekolah, Amin bersuara lagi.... namun tidaklah dapat untuk aku menzahirkan di sini, kerana ketika itu ketiga-tiga kami menitiskan airmata dalam diam..... terharu aku dengan kata-katanya dan aku terharu dengan kata-kata yang aku lafazkan untuk gadisku. Aku tahu dia kesal, kecewa dan malu dengan pencapaiannya. Namun segalanya sudah terlambat..... Keputusan peperiksaan SPMnya telah diketahuai awal semalam petang dari teman sekelasnya. Dan 1351 (1A, 3B, 5C & 1D) adalah gred keputusannya. Walau apa pun aku sebenarnya tidak percaya akan keputusan yang diberikan selagi tidak melihat slip sebenar. Dalam hati aku masih berdoa semuga keputusan itu tidak benar!! Namun itulah takdirnya..... dan kami terima seadanya, walau apa pun aku dan Amin tidak mahu Hani patah semangat untuk meneruskan pengajiannya. Suriya di Unimep dan Along Zila di UITM menjadi penasihat kami untuk kemasukan Hani ke IPTA. Walaupun bukan straits A's namun dia layak untuk memohon untuk menyambung pengajian di mana-mana IPTA yang sesuai dengan kelulusan yang dipilih. Namun segalanya aku serahkan kepada Allah yang berkuasa menentukannya. Kepada anak gadisku, kegagalan hari ini bukan bermakna kegagalan hari esok, dari kegagalan dia harus bangkit untuk membuktikan bahawa dirinya mampu untuk bersaing dan berjaya. Dengan semangat dan tekat aku yakin dia mampu andainya dia bersungguh-sungguh untuk membuktikan kemampuan dirinya. Sebagai Ibu, aku hanya mampu memberikan sokongan moral dan tunjuk ajar yang termampu dan wajarnya, usaha dan kemahuan hanya terletak atas dirinya sendiri..... semuga dia akan menyedari segala kesilapan silam dan bangkit dari leka dan lenanya. Aku yakin bahawa dia mampu menebus kegagalan ini, andai dia berkemahuan dan bertekat untuk membuktikan kemampuan dirinya yang sebenar.... InsaAllah...Semuga Allah memberikan anak-anak ku sejehteraan dan keberkataan dan menjadi insan yang berjaya cemerlang....

Selasa, Mac 20, 2012

Experimental Pandan Layer and Yam Layer Cake

Pandan Layer Cake, pertama kali mencuba, saya hanya membuat 3 lapisan sahaja....dan lapisan juga agak kurang konsistant dan kurang menarik.....

Percubaan ke2, Yam Layer Cake, cuba untuk membuat 4 lapisan, tapi agak kurang menarik kerana cake belum betul2 sejuk dan hirisan agak kurang sekata.... jadi pastikan kek anda betul2 sejuk sebelum membuat memotong lapisan....
Pertama kali mencuba recipe dari youtube tempohari dan berjaya nampaknya..... :) seronok bukan main lagi, jadi dapatlah kawan2 di pejabat merasa sepotong sorang. Ramai pula yang mencadangkan supaya aku mencuba Perisa Keladi pula, pun nampaknya berjaya cuma ada beberapa perkara yang masih boleh dibaiki untuk menjadikan ianya nampak lebih menarik. Kepada yang ingin mencuba silakan.... (To my office mate yang excited sangat nak cuba tu, please visit my blog ya sayang...... hahahahaaha......) Tak perlu beli di kedai lagi, cuba buat sendiri dulu dan selamat menjadi homechef yang tidak diiktiraf seperti saya not a master chef ya, tapi not to worry, pengiktirifan itu akan diperolehi juga tetapi dikalangan ahli keluraga sahaja.... InsaAllah....

Bahan untuk Kek : 5 biji telur gred A, 160gm gula castor, 165gm tepung cake, 15gm ovelate, 75gm minyak (kalau nak sedap gunakan minyak jagung), 2 sudu teh Pandan Emalco(untuk panday layer cake)/Yam Emelco (untuk Yam Layer Cake), 2 sudu besar susu segar atau susu cair.
Cara membuatnya: Pukul telur, gula dan ovelate hingga betul2 kembang. Masukan tepung sedikit demi sedikit, kemudian masukan susu segar, paste pandan dan minyak masak. Gaul rata. Panaskan oven dan alaskan loyang dengan kertas masukan adunan dalam loyang dan bakar kek hingga masak (lebih kurang 45min-1 jam), sejukan.

Bahan untuk Kastard: 1050gm santan (1 kotak santan segera) dicampurkan dengan air, 225gm gula pasir, 10gm serbuk jelly, 100gm tepung Honkoew perisa pandan (untuk perisa pandan) Honkoew kosong untuk keladi, 75ml jus pandan (ambil 5-6 helai pandan dan blend kemudian tapis)/2 keping keladi dan blend halus, 1 sudu teh garam, pewarna hijau untuk pandan dan pewarna purple untuk keladi.
Cara membuatnya: Campurkan semua bahan dan dengan menggunakan teknik double boil kacau perlahan2 sehingga adunan likat dan pekat.
Nota Penting : Untuk menlapiskan kek, potong kek kepada 3 atau 4 lapisan kemudian lapiskan dengan kastad berselang seli. Di akhir lapiskan kastad sehingga menutupi keseluruhan kek anda dan taburkan dengan sebuk kelapa kering. Paste pandan boleh diganti dengan Emalco Keladi dan warna purple untuk mendapatkan perisa keladi Selamat mencuba.... :)

Isnin, Mac 19, 2012

Happy birthday to you....

"Happy birthday Ma..." ucapan pertama yang aku terima dari suami ku diawal pagi. Thank you Pa..... dan di awal pagi juga aku menerima peluk cium dari gadis kecil ku Dania sebelum dia melangkah ke Sekolah. So sweet...... :) Sebelum aku ke pejabat aku sempat melihat facebook dan mendapati begitu banyak ucapan yang sama dari anak teruna ku, my lovely cousins, my relatives and related and my dear friends from all over the world. Gembira dan terharu dengan ingatan dan ucapan yang tulus dan iklas..... :) Thank you, thank you so much to all of you..... :) you all are all wonderful..... alhamdulillah, Allah mengurniakan sebuah ikatan silatulrahim yang sungguh indah ini.....:) Orang pertama yang memberikan aku hadiah, gadisku Hani.... sebuah kemaja T.... :) she is so sweet, sungguh aku tidak mengharapkan sebarang hadiah dari anak-anak ku.... cukup sekadar ingatan dan doa kalian untuk mama...... :) You all are my best present I ever had in my life.... Alhamdulillah....

A birthday call and sms from friends also my wayn buddies has wish me the same..... :) It was a wonderful day.... I feel great at 48 !!! Semuga Allah mengurniakan keberkataan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat kepada ku dan keluarga ku tersayang....

Bengkel FELT

Felt hasil kerja tangan Dania....
hasil kraft selepas kami menghadiri bengkel asas kraft felt...
Bersama peserta bengkel yang lain di Balai raya Kg. Sri Cheeding...
Dania, merupakan perserta termuda dikalangan peserta yang hadir....
Menunjuk ajar gadis ku yang baru belajar menjahit....
Masing2 tekun menjahit..... ada juga yang tercucuk jarum, aduhhh!!!
Cadangan untuk menghadiri Bengkel Asas Felt bersama Hani, terpaksa dibatalkan memandangkan anak gadis ku terlibat dengan kelas Teakwandonya yang memerlukan kehadirannya di Sekolah Keb. Teluk Panglima Garang. Maka tempatnya aku gantikan dengan Dania, gadis bongsu ku yang baru berusia 10 tahun. Berita penggantian Hani disambut gembira oleh Dania, kerana dari awal lagi dia sudah pun memohon untuk ikut serta. Penganjur Bengkel bukan orang lain, mereka adalah adik-adik sepupuku sendiri. Jamalia sebagai urusetia Bengkel dan Mastura sebagai tenaga pengajar. Peserta yang seramai 15 orang pada asalnya bertukar menjadi 7 orang termasuk aku dan Dania. Smaller crowd is always better than a big crowd...! Walaupun kami bersaudara namun Mastura dan Jamalia menjalankan Bengkel Asas Kraft Felt mereka begitu professional sekali. Sungguhpun ianya hanya kursus Asas, namun bagi aku dan Dania ianya memberikan kami ilmu kraftangan boleh mendatangkan sumber kewangan sampingan disamping sebagai hobby dan mengisi masa lapang kami 3 beranak. Kerja tangan ini bagus untuk pertumbuhan pembesaran anak gadis ku, ianya membantu kreativitinya kepada kerjatangan sambil memperkenalkan dirinya kepada krafts yang menarik ini.

Selasa, Mac 13, 2012

Health tips for us to share

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH It is popular in Japan today to drink water immediately after waking upevery morning. Furthermore, scientific tests have proven a its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old andserious diseases as well as modern illnesses the water treatment had beenfound successful by a Japanese medical society as a 100% cure for thefollowing diseases: Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urinediseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, alleye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.
METHOD OF TREATMENT
1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160mlglasses of water 2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute 3. After 45 minutes you may eat and drink as normal. 4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drinkanything for 2 hours 5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water atthe beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day. 6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and otherscan enjoy a healthy life. The following list gives the number of days of treatment required tocure/control/ reduce main diseases:
1. High Blood Pressure - 30 days
2. Gastric - 10 days
3. Diabetes - 30 days
4. Constipation - 10 days
5. Cancer - 180 days
6. TB - 90 days
7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days inthe 1st week, and from 2nd week onwards - daily.
This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times. It is better if we continue this and make this procedure as a routine workin our life. Drink Water and Stay healthy and Active. This makes sense. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals.... not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit whileeating!!! Nothing to lose, everything to gain... For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drinkhot soup or warm water after a meal. A serious note about heart attacks: Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line. You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and beaware. The more we know, the better chance we could survive... A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to everyone they know, you can be sure that we'll save at least one life.


**Please be a true friend and share this article to all your friends we care....:)

Walau sekejap tetapi amat berharga....

Mendengar taklimat dari Master Lee ketika memperkenalkan tetamu jemputan Master S. Saravanan
Memulakan sessi latihan dengan Master Saravanan...

Gambar kenangan2an selepas tamat sessi latihan bersama Master Saravanan


Tanggal 11.3.2012 bertempat di STC, semua murid-murid dari Team A dan Team B disatukan untuk berlatih bersama Master S.Saravanan, Jurulatih Kebangsaan Taekwando. Walaupun masa yang agak singkat namun Master Saravanan cuba untuk berkongsikan pengalaman dan tip kejayaannya sebagai ahli sukan yang berjaya dalam sukan Taekwando. Suntikan semangat dan keyakinan diri kepada semua pemain begitu bersemangat. Bagi kami para ibubapa yang berada dibarisan belakang turut merasakan anjakan yang berkobar-kobar dari beliau itu. Tektik dan teknik serangan dan tumpuan ketika berada di gelanggang begitu mengesankan dan membantu para peserta, mereka tekun dan bersungguh ketika sessi 'warm-up dan reganggan' bersama Master Saravanan. Teguran demi teguran diberi kepada murid-murid STC ketika mereka berlawan. Peluang soaljawab diguna baik oleh murid untuk bertanya sendiri kepada Master. Dan jawapan yang diberikan begitu membantu murid-murid dalam menghadapi lawan dan perlawanan mereka nanti. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Master Saravanan yang telah sudi meluangkan masa beliau untuk berkongsi pengalaman berharga kepada semua murid-murid di STC. Dan kepada Master Ari juga yang telah berkerja keras untuk mengatur sessi latihan yang sungguh memberi menafaat kepada Dania dan teman-temannya dari Team A dan Team B. Semuga dengan ini mereka akan lebih yakin apabila berada di gelanggang nanti. Kokocrunch and International Teakwando Tournement here we come..... :)

My new recipes - Pau Kacang Merah

Pau pertama ku...kita boleh klipkan mengikut suka dan kreativiti sendiri...

Hasrat untuk mencuba recepi Pau Kacang Merah sememangnya sudah lama terpendam, dengan kemudahan internet dan youtube, dapatlah aku belajar cara-cara untuk mengaplikasikan hasrat ku selama ini...:) Memang seronok bila melihatkan adunan doh Pau ku naik menggebu dan bila kukusan pertama Pau ku bukan main cantiknya.... eeeee..... seronoknya... :) orang pertama yang merasa Pau ialah En Haminudin dan anak-anak. Dania yang kelaparan bangun tidur tanpa bertanya telahpun menikmati Pau ku yang mentah!! terkejut bila katanya "sedaplah Pau Mama ni..." hahahaha.... kesian diakan?

Silakan tengok bahan2 yang telah saya gunakan untuk resepi Pau ini.

Bahan(A): 500gm tepung pau, Bahan(B): 50gm gula halus, 250ml air suam, 2 sudu teh yis, 2 sudu teh double acting baking powder, 2 sudu teh garam halus Bahan (C): 40gm cisco. Bahan (D): Inti kacang merah (yang boleh dibeli siap di kedai bakery), kalau suka boleh guna inti ayam atau apa saja yang anda suka.

Cara-caranya: Satukan semua bahan B dan kacau sebati kemudian tuangkan ke bahan A, ulikan sedikit dan masukkan bahan C dan uli hingga sebati dan lembut. tempatkan adunan kedalam besin dengan menutupnya dengan pleastik selama 1 - 2 jam. Bulatkan lebih kurang 40cm dan letakkan inti(Bahan D) ditengah2. Alaskan dengan kertas atau daun pisang supaya tidak melekat. Biarkan doh naik kembang semula kemudian baru dikukuskan selama 10 minit. Selamat mencuba....:)

Khamis, Mac 08, 2012

Mari masak bersama Mama...

Kurma Daging Ala Mama Bahan2nya:

1 Kg daging gred A (potong ikut suka) daging A tidak perlu di rebus, 1 cawan santan pekat, 2 biji kentang dikopek n dipotong 4, 2 tangkai daun ketumbar, 1/2 cawan minyak masak/sapi, 2 biji tomato (potong 6), 2 biji cili merah/hijau.

Bahan B: 2 biji buah keras (ditumbuk halus), 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang n bunga pekak, 1 sudu teh lada hitam di tumbuk halus, 1 batang serai diketuk.

Bahan A (dikisar): 1 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, 11/2 inci halia muda, 3 sudu makan sebuk kurma

Cara memasaknya:

Panaskan minyak dan masukkan bahan2 A hingga garing dan kemudian masukkan bahan B. Masukan daging yang sudah di potong tutupkan hingga dia mendidih dan agak lembut. Masukan kentang tunggu bila dia agak lembut masukkan santan dan garam. Sebelum diangkat masukkan tomato, daun ketumbar dan cili. Tunggu beberapa minit matikan api dan boleh dihidangkan.



Rendang Limpa (Mama's Style)Bahan2nya:

1 Kg Limpa lembu (rebus dan potong ikut suka), 1 helai daun kunyit (dihiris halus), 3 helai daun limau purut, 2 sudu kerisik, gula dan garam ikut suka, 2 cawan pati santan, 1/2 asam keping, 1 cawan minyak untuk menumis,

Bahan A (dikisar halus): 1 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, 3 batang serai, 2 inci lengkuas muda merah, 2 inci halia muda, 7 batang cili padi, 10 batang cili kering (dipotong dan direbuskan dulu n buang bijinya),1 inci kunyit hidup.

Cara2nya:

Panaskan minyak (saya suka tumiskan semua bahan2 A) ada juga orang yang tidak gunakan minyak untuk memasak rendang ya... :) masukkan semua bahan A, tumiskan hingga naik bau dan agak kering/garing. Kemudian masukan santan pekat dan bila mendidih masukkan limpa yang sudah dipotong tadi. Biarkan api sederhana sahaja, jangan terlalu kecil atau besar untuk mengelakkan dari hangus!! Masukan garam, asam keping, gula, daun limau purut dan rasa..... Biarkan santan dan limpa sebati dan kering, bila sudah agak kering masukan kerisik dan daun kunyit yang dihilis halus. Kacau rata dan angkat. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera...:)



Kari Ikan Merah (Indian Style) Bahan2:
2 ekor ikan merah yg sederhana besarnya dipotong 2 (ikan ikut suka), 1 biji tomato dipotong dadu, sedikit garam dan sebuk perasa jika suka, 1/2 cawan minyak masak, 6 biji bendi atau terung (ikut suka)

Bahan A (dikisar): 1 labu bawang besar, 4 ulas bawang putih, 1 inci halia muda, 3 sudu makan rempah kari ikan.

Bahan B: 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang/bunga pekak, 1 sudu biji sawi, 2 tangkai daun kari

Cara2nya:

Panaskan minyak masak, masukan bahan B bila naik bau masukkan bahan A. Tumiskan hingga ianya garing dan masukkan tomato yang dipotong dadu. Bila Tomato sudah layu, masukan 11/2 cawan air kacau perlahan2 dan masukan garam dan serbuk perasa (jika suka). Bila dia mula mendidih kecil masukkan potongan ikan dan bendi/terung dan kecilkan api untuk mengelakkan dari ikan hancur atau overcooked. Biarkan sehinga 5-8 min bila agak masak angkat dan hidangkan. Selamat mencuba.

My ID's

Hobby menghias dan mendecorasi rumah, aku realisasikan di syurga ku bersama keluarga sendiri. Disinilah luahan dan sentuhan seorang aku...:) Citarasa seorang insan, yang serba sederhana dengan perabut yang serba sederhana, terdapat perabut dan perhiasan yang kami hasilkan sendiri untuk mengelakkan pembaziran dan konsep kitar semula yang kami amalkan. Mungkin ada yang tidak percaya andai dikata inilah hasil kerja tangan suami ku, Haminudin dan inilah kerja Sunaina..... hahahahaha....
Ruang makan tetamu yang pada asalnya ruang tetamu, bertukar tempat. Tetamu yang menikmati hidangan boleh menikmati permandangan di luar... Kedudukan baru ruang tamu... ianya idea dari anak bujang ku, Shafiq.... not bad. Aku gunapakai idea si teruna yang juga berminat dan pandai menghias rumah....

Tempat bersantai dan menonton kami sekeluarga....Tempat aku beristirehat, bermimpi.... bak kata orang tua, utamakan tempat tidur anda disinilah keperibadian seseorang itu... (tetapi sebenarnya aku berpendapat keperibadian seseorang bukan hanya di kamar tidur sahaja..... tapi adalah di keseluruhan rumah seseorang itu. Bukan kemewahannya, jangan disalah tafsir... tapi dari bagaimana seseorang itu menjaga, menyusun dan mempamirkan rumah mereka, dari sudut kebersihan dan kekemasan....disitulah boleh kita lihat gambaran keperibadian seseorang...... wink3x)Bilik gadis kecil ku, Dania.... posisi katil, almari di ubah supaya tampak lebih ceria....



Bilik bujang ku, sudah lama rasanya ingin mengubah kamar ini, dulunya terdapat 2 katil bujang.... kini aku ubahkan menjadi single bed, beberapa peralatan sukan miliknya dan Papa ku jadikan hiasan supaya kamarnya tampak lebih sporty sesuai dengan dirinya yang gemar akan bersukan....

Setiap hasil memberikan aku kepuasan dan keseronokan. Biarpun lelah seharian dan tegang segala urat saraf ku, namun aku bahagia dengan kerjatangan ku sendiri...:) Dari dalam rumah ke luar rumah, segala susun atur adalah hasil kerjatangan kami sekeluarga. Masa terluang banyak aku habiskan untuk menghias dan membersih rumah, serasa seperti something wrong kalau keluar ke pejabat tanpa memastikan keadaan rumah tersusun rapi dan kemas.

Isnin, Mac 05, 2012

Iam lucky to have u alls....

Kesibukan benar-benar membataskan aku. Pejabat, rumah-tangga dan anak-anak masih menjadi keutamaan ku. Alhamdulillah rasanya tiada yang terbiar selama kesibukan ku yang diluar jangkaan, urusan pejabat begitu mencabar kredibiliti aku. Amaran cuti dibekukan dan kerja lebih masa selama tempoh penyerahan kunci untuk Phasa 5A, 210 unit rumah membuatkan aku bersedia untuk mental dan fizikal. Hampir 2 bulan aku bekerja 6 hari seminggu dan pulang ke rumah jam 7.00 petang setiap hari. Alhamdulillah.... suami dan anak-anak memahami tugas ku, biar pun kedengaran rungutan-rungutan kecil di cuping telinga, inilah lumrah apabila mereka mempunyai ibu dan isteri yang berkerja. Terima kasih ku yang tidak terhingga kepada suami dan anak-anak kerana mereka memahami tugas ku selama ini. "I dont work for myself... I work for my family....." this is what I always tells to my kids and Alhamdulillah they understand. There are so many things I like to share along the 2 months of away from my blog, but time is so limited and I dont know how to start! Semuanya ingin aku luahkan namun tiada kesempatan. Biar apa pun segalanya berjalan baik dan walaupun ada sedikit kekalutan dan salah faham namun itulah lumrah kehidupan. Kesilapan yang aku lakukan menjadikan aku lebih berhati-hati mengenal kelemahan diri. Semuga aku mampu menjadi isteri, ibu dan teman yang disenangi dan terbaik.... InsaAllah :)