Isnin, Mac 11, 2013

Bandung oh Bandung....

Pertama kali menjejakkan kaki ke negara jiran, Indonesia  Pesawat Airasia berlepas jam 3.45ptg dan mendarat jam 5.45ptg waktu Malaysia pada tanggal 28 Februari 2013. Bandung negeri ke 3 terbesar di Indonesia, sejarah negeri ini pernah dijajah oleh Belanda.  Perbezaan waktu awal 1jam berbanding waktu di Malaysia.  Bersama 2 orang teman wanita ku, Norhawa dan Sorena, kami berangkat ke Bandung untuk selama 4 hari 3 malam.  Anak-anak dan suami tidak bersama..... InsaAllah bagi Mama dulu yang explore Bandung, kalau keadaan mengizinkan kita akan pergi sekeluarga. 
Diterbangkan dengan pesawat Airasia KL - Bandung.....
Hari pertama di Bandung, kami ke Paskal Hyper Square dengan berjalan kaki.  Berpandukan maklumat yang kami perolehi dari kakitangan Hotel, kami menapak ke Paskal untuk menikmati pelbagai juadah masakan Indonesia yang telah aku goggle lebih awal di internet.  Masakan yang ingin sekali aku nikmati ialah, Mee Kocok, Tauhu Semedang, Batagor, Putu Pisang dan Bakso.  Di sini kami sempat menikmati Batagor, Putu Pisang dan Bakso, makanan mereka agak berlainan sedikit dibandingkan dengan masakan Malaysia. Khususnya Bakso.  Selesai makan kami pulang dengan berjalan kaki dan dengan ihsan seorang bapak dan ibu, kami ditumpangi hingga ke Hotel.  Di negeri jiran ini, ada juga orang yang mahu menumpangi kami warga asing aka pelancung..... ucapan terima kasih kami yang tidak terhingga kepada Ibu Puspa dan Bapak ...... (aduh tidak ingat nama bapak ini... maaf3x) Pasangan yang berhati mulia dan lemah-lembut bila berbicara....:)  Kami bertukar-tukar infomasi tentang pembangunan dan kehebatan negara masing-masing.  Sampai di Hotel kami berSPA di bilik.... aku sampai terlena kesenangan...manja-manja diri Buk ya....
Pemandangan di Paskal Hyper Square malam hari...
Selesai menjamu Bakso, Putu Pisang dan Batagor di Paskal Hyper Square...
Pemandangan di Paskal....
Hari kedua, kami berjalan dengan kereta sewa dan supir ke TransStudio, Factory outlet (Summit dan Rumah Mode), disini buah tangan seluar dan baju yang berjenama sempat aku belikan untuk anak-anak dan suami dan Terminal Tas di Jalan Riau aku hanya mencuci mata. Makan tengahari di Restuarant Sunda yang terkenal di kota Bandung, Restaurant Sangkuriang.  Menyajikan masakan asli Sunda..... kalau dah lapar semuanya sedapkan?  kos makan tenghari untuk 4 orang 300,300.00 IDR not bad kan?  Aku agak keliru dengan convert money di Bandung, maklumlah tiba-tiba aku jadi jutawan!!! Wang main ribuan dan jutaan, pusing kepala ku...hahahahaha aku jadi benggong sebentar.....:) Selesai makan tengahari kami putar-putar di Jalan Chihampelas untuk mencari sourvinier pula.  Baju T dan beg menjadi perhatian kami.  Pesanan kepada pelancung yang ingin melawat Bandung, berhati-hati kerana anda akan sentiasa diekori oleh penjual-penjual jalanan yang tidak akan berputus asa untuk membuat anda membeli, anda dinasihatkan supaya tidak terburu-buru ketika membeli kerana harga yang ditawarkan jauh lebih mahal...!  Juga berhati-hati dengan pengimis jalanan yang ramai dan tiba-tiba berada disisi anda.... aku beberapa kali kaget dengan bisikan mereka yang merayu-rayu 'Buk... rezekinya Buk... Buk kasihani saya Buk...'  mereka pandai mencari sasaran dan mengenali sama ada anda pelancung atau bukan. Saya serahkan kepada anda untuk menilai sendiri akan situasi ini bila anda berada di Bandung nanti.  Kami sempat mampir di tempat jajanan ole-ole makanan seperti kerepek dan pisang salai di penghujung jalan Chihampelas.  Pelbagai jenis kerepek dijual disini dengan pelbagai perisa.  Terpulang kepada anda sama ada ingin membeli atau tidak.... disini saya hanya membeli kacang gajus goreng dan kuih wijen.  KartikaSari merupakan destinasi perjalanan akhir kami di hari ke dua.  Dipintu masuk KartikaSari kami membeli Tauhu Semedang yang terkenal di Bandung.  Rupa Tauhu yang seakan-akan Tauhu Goreng di sini tetapi punya rasa masin dan lemak, digoreng dan dimakan bersama cili padi.  Makanan ini menjadi kudap-kudapan masyarakat Bandung.  Malamnya kami dibawa makan malam Nasi Kalong, sejenis masakan istimewa sunda yang dimasak dengan menggunakan beras hitam, pertama kali makan agak pelik juga, tapi rasanya cukup sekadar merasa dan makan ala kadarnya dan menikmati kelainan makanan sundanese ini.  Nasi kalong dimakan bersama daging dendeng, udang goreng, sambal dan sayur..... (silakan mencuba andai anda ke Bandung...:)

Hari ke2 di Trans Studio Mall...
Trans Studio Mall, Bandung..
Bakso dari Coffee House, Carcadine Hotel, Bandung...
Nasi Kalong bersama udang goreng, daging dendeng dan sayur...
Menikmati hidangan makan siang di Restoran Sangkuriang yang terkenal di Kota Bandung dengan masakan Sunda.....
Pemandangan di Jalan Chihampelas, Bandung...
Sempat singgah di factory outlet, Terminal Tas.  Dimana Lija dan Nor borong hampir 6-7 tas tangan...!!! OMG.... perempuan2...hahahahahaha (Iam not buying any.... wonderkan? )

Hari ketiga merupakan hari yang kami tunggu.... awal pagi aku sudah dikejutkan dengan rasa mual yang membuak-buak.  Aku muntah dan muntah.... mungkin makanan malam tadi menjadi punca.... Tauhu Semedang !!!! aku pasti kerana cili padi dan hawkers food yang kurang hygenic.  Aku alah dengan makanan sedemikian.... huhuhuhuhu... anyway, rancangan harus diteruskan tanpa berlengah... dengan bersarapan oats 3 in 1 kami ke Pasar Baru dengan 'Angkot' menjadi tetamu terawal di sana.... dan membeli sepertimana yang sudah di rancang.  Aku lemas dengan asap rokok yang terlalu di sana, majoriti para Adam mereka kuat merokok, bila ditanyai 'Adik di mana 'kawasan larangan merokok disini?' jawapan mereka 'Ngak ada Buk...!' Wahhhh.... kasihan banget pada kanak-kanak dan Ibu-ibu yang terpaksa menghidu asap rokok Bapak-bapak yang rata-rata suka ngrokok ini.  Tips untuk bakal pengunjung sila sediakan 'Mask' supaya anda tidak terhidu asap rokok yang terlalu tebal disini. Kami sempat singgah makan di tingkat 6 food court mereka.  Menu pilihan tenghari adalah, Nasi ayam penyet dan Nasi ayam Tilawak, walaupun enak... namun perut ku sudah tidak boleh menerima makanan ini.  Di sini aku sudah lemas sekali, muka aku sudah pucat dan aku kepingin muntah lagi..... tolongggg la..... siap berbelanja kain telekong, kain sulam dan jubah kami segera pulang.  Norhawa dan Sorena bimbang dengan keadaan ku yang sudah layu..... di perjalanan kami sempat singgah di Rumah Tas yang lebih menarik dari Terminal Tas di Jalan Dago.  Sesampai di Hotel aku meluru ke Tandas dan menghamburkan semua isi perut ku, segala nasi Tilawak and jus durian belanda ku habis keluar.. sehingga Sorena masuk ke tandas untuk membantu aku yang lemah di situ.... thank you Sorena.....:)  Kami beristirehat di bilik, solat dan terlelap sebentar.... bila agak lega kami keluar semula ke Pasar Baru..... shopping lagi...... :) buah salak, jambu batu merah menjadi santapan kami petang itu sambil bejalan.  Norhawa dan Sorena sibuk shopping kain tudung..... balik ke hotel kami naik beca.... wahhh seronok betul... :)  Malam aku layu lagi.... langsung tak larat nak makan.... teman-teman merancang untuk order makanan hotel sajer.... aku tidur dari solat maghrib hingga makanan yang dipesan sampai, tapi tak berdaya nak menjamahnya..... kerana rasa mualku yang tidak hilang-hilang.  Kali kedua berSPA dibilik untuk melega segala pegal di badan.  Lawatan kami ke Bandung agak kerugian bila mana Tangkuban Perahu ditutup sudah lebih seminggu kerana kawah gunung berapinya mulai aktif kembali.
'Angkot' yang kami naiki untuk ke Pasar Baru...

Pemandangan di sekitar Pekan Bandung yang Sibuk.  Ketika ini mereka sedang sibuk dengan perarakan ketika kami pulang ke Hotel...
Pemandangan hadapan Pasar Baru di awal pagi.... kami merupakan pelanggan yang terawal di pagi itu...
Ketika ini aku sudah hilang daya.... rasa mual dan pening kepala..... (muka pun dah naik pucat) mungkin kerana keracunan makanan....
Pilihan yang cantik dan menarik di salah satu butik yang menjual pelbagai kain.... 
Kami singgah makan siang di bazar makan di Pasar Baru... Ayam penyet dan ayam tilawak merupakan menu siang kami.... tapi sayang aku tidak berdaya untuk makan... nasi terbazir begitu sahaja...... 

Warung di Bazar Pasar Baru.....

Hari keempat... siap semua sudah dipacking, kami bangun agak awal.... kerinduan menerjah dikalbu pada anak-anak, suami dan tanah air ku.... wahh baru 4 hari aku berpergian, tapi bukan main kagen sekali pada mereka.   Norhawa tidak putus-putus bercerita tentang keenakan nasi lemak dan roti canai di Malaysia...... hahahaha  Sesungguhnya lawatan kami sungguh bermakna, di sini aku melihat penghidupan sebenar yang singkat masyarakat di kota Bandung.  Aku bersyukur kerana aku anak Malaysia.....Alhamdulillah.  Perjalanan pulang kami lancar dari Hotel dengan dihantari oleh Pak Agus ke airport, imigrasi dan penerbangan pulang bersama pesawat Airasia sungguh menyenangkan..... Alhamdulilllah.... pengalaman pertama ku di Paris Van Java kepada kakitangan Hotel Carrcadin, Bandung penginapan kami di sana sungguh menyenangkan dengan layanan mesra kalian..... Terima kasih...:)  Andai diizinkan Allah, aku bakal kembali dengan tujuan bisnis pula...... InsaAllah...

Bersama front officer's of Carrcadine Hotel, Bandung sebelum kami pulang meninggalkan Bandung....

Selamat tinggal Paris Van Java.......permisi dan terima kasih Bandung...

Jumaat, Februari 01, 2013

Mendung

Mendung lagi....
dan bumi basah dihujani
Arus deras dialur
Petanda musibah datang lagi

Hati ku sayu....
Dan mata menjadi layu
Namun jiwa telah terlalu pilu
Mengenag nasib yang selalu

Tak terduga di dusta
Permata hati berangkara
Yang buta cinta dan bisu bicara
Nostalgia pengemis cinta

Disujud aku memohon dan merayu
Berserah kepada Pencipta yang satu
Semuga mendung ini lantas berlalu.......

Ahad, Januari 27, 2013

Kak Yati.....

Kak Yati merupakan isteri kepada teman sekerja suami ku, sungguhpun hanya teman sekerja suami tetapi hubungan kami agak akrab.  Undangan untuk ke majlis walimatul urus Puteri beliau tidak dapat kami tolak.  Sebolehnya kami merancang untuk menghadirkan diri, apabila Kak Yati bersama anak-anaknya hadir sendiri ke kediaman kami.  Mereka yang kini telah pulang ke kampung di Setiawan setelah bersara hadir hanya untuk menyampaikan undangan majlis anakda Siti Aminah.  Disamping menyampaikan berita gembira, sebenarnya tersirat kabar yang sungguh memilukan dimana suami beliau telah pulang ke rahmatullah beberapa bulan yang lalu.  Innalillahi wainaillahi rojiin..... semuga roh Arwah Fakhurazi ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang soleh....InsaAllah..... arwahyarham merupakan seorang insan yang sungguh taat dan baik kepada ugama, suami dan ayah yang hebat pada pandangan hamba.... insaAllah...
Setibanya kami diperkarangan rumah yang sudah dipenuhi dengan khemah putih dan pink yang dihias indah agak awal..... dimana pengantin masih berada di Masjid sempena upacara akad nikah.  Kak Yati turut berada di masjid meraikan majlis yang sungguh bermakna buat Puteri yang bakal bergelar Isteri......:)  Kami menanti di halaman bersama beberapa tetamu yang kebanyakan hadir dari Banting, ramai kenalan dari daerah kami yang meraikan majlis beliau, nyata mereka dikenali dan disenangi oleh teman-teman di Banting...Alhamdulillah.....
Kak Yati kelihatan ceria, maklumlah menerima menantu..... aku gembira bertemunya.... sungguh gembira..... :)  namun di sudut hati Kak Yati masih tersimpan rasa sedih dan sayu akan pemergian arwah..... sememangnya setiap kali bertemu kami berpelukan dan dalam pelukan Kak Yati menyatakan perasaannya.... sayunya hati bila mendengar akan suaranya itu.... aku faham perasaan dan kesedihannya..... namun itulah takdir yang sudah ditentukan untuk beliau, Allah akan menguji hamba-hamba yang dikasihi dan terpilih yang mampu dengan ujiannya, sebagai tanda kasih sayang Allah kepada hambanya. Seperti yang sudah dijanjikan Allah hanya meminjamkan kita seketika di dunia ini, bila tiba waktunya akan pulanglah kita kepada pencipta yang Maha Esa.  Kami berpelukan agak lama.... dia menciumi pipi ku kanan dan kiri.... seolah-olah dia melahirkan kerinduannya kepada ku..... aku kalah dengan perasaan.... airmata ku jatuh tanpa dapat aku seka...... laju.... walau aku cuba untuk menahan namun aku gagal !!! dalam dakapan itu aku meminta dia bersabar, dan redha dengan ketentuan Illahi..... aku mohon ribuan kemaafan kerana tidak dapat hadir di hari pemergian Arwah.... :(  Beliau memahami keadaan kami yang agak jauh dan tugas yang dan tanggungjawab lebih-lebih lagi hari kerja dan sekolah. 
Alhamdulillah..... selepas pasangan pengantin tiba di rumah, majlis tahlil khas untuk arwah di adakan, ramai tetamu bersama-sama membacakan doa untuk arwah.  Aku difahamkan bahawa pusara arwah hanya bersebelahan dengan rumah Kak Yati iaitu di seberang jalan dan terletak hanya beberapa meter dari pintu rumah...... alangkah bertuahnya arwah.... pusara berhampiran dengan rumah yang didiami oleh isteri dan anak-anak yang soleh dan soleha yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya di alam barzah.... Kak Yati merupakan isteri yang taat dan amanah.... aku kenali akan kebaikan dan keperihatinan beliau terhadap suami dan rumahtangganya..... semuga Kak Yati akan tabah melalui hari-hari mendatang sebagai seorang balu dengan tabah...... InsaAllah.....

Isnin, Januari 21, 2013

Mencuba Pavlova....

Cukup dengan melihat gambarnya, perasaan teringin begitu kuat sekali......  demi itu aku usahakan untuk mencari resipinya di youtube.  Dan dari pencarian aku memilih resipi yang mudah diikuti dan keinginan ku tercapai jua.............:)  Menurut ceritanya Pavlova adalah sempena nama seorang penari ballet yang bernama Anna Pavlova yang berasal dari Russia.  Beliau merupakan penari terkenal dan banyak menghabiskan masanya dengan melakukan persembahan tarian balletnya ke merata dunia, Anna yang amat menggemari  'Dessert' atau manisan pencuci mulat tidak pasti dari mana asal makanan kegemarannya ini samada dari Australia atau New Zealand.  Oleh kerana amat menggemarinya dia pun memberikan namanya 'Pavlova' kepada makanan kesukaannya menarik bukan?
Pavlova merupakan manisan pencuci mulut yang lazat and berkhasiat kerana penggunaan buah2an segar yang banyak dan mengandungi serat dan vitamin yang tinggi sesuai digunakan untuk resipi ini.  Kiwi memang buah kegemaran ku, kerana kandungan vitamin C yang tinggi baik untuk kesihatan.... mujur saja harganya mahal..... kalau murah 2 biji sehari pasti menjadi hidangan setiap pagi ku.....
Resipinya memang mudah, tidak banyak bahan yang diperlukan untuk membuat Pavlova..... apa yang penting oven yang digunakan untuk membakar haruslah oven yang mempunyai api/haba atas dan bawah juga kipas supaya Pavlova dapat dibakar rata dan garing.
Bahan2nya:
4 biji putih telur di pukul hingga kembang dan bertanduk (meringue)
3/4 cawan gula halus  masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunana putih telur dan 1 sudu teh cream of tartar, kemudian masukan 2 sudu tepung kastad dan kaupbalik hingga rata.  Kemudian masukkan 1 sudu teh cuka dan 1 sudu teh essen vanilla.
Sediakan kertas pembakar di atas dulang pembakar dan bentukkan adunan mengikut citarasa anda.
Bakar selama 50-60 minit dengan api yang perlahan.... apabila sudah masak, padamkan api oven, buka pintu oven sedikit dan biarkan Pavlova di dalam ketuhar sehingga sejuk.  Bila sudah sejuk bolehlah disimpan di bekas kedap udara dan sediakan 'fresh cream' untuk sapuan di atasnya. (Ingatan: Pavlova merupakan kepingan yang garing di luar dan lembut seperti mashmellow di dalamnya.  Andainya kepingan ini retak atau pecah ia adalah perkara biasa..... jangan panik, kerana anda berjaya...!)
Fresh Cream:
200gm whipping cream/heavy cream dipukul hingga kembang
Buah2an campuran segar mengikut citarasa (Kiwi/Strawberry/anggur hijau atau merah) dipotong kecil atau memanjang.
Sapukan Fresh cream di atas Pavlova dan susunkan buah2an segar, anda juga boleh menambah enak dengan menitiskan chocolate cair di atas buah2an segar ini sebelum menghidangkan untuk dinikmati bersama keluarga..... Selamat mencuba........ (untuk makluman, setiap resipi yang kita cuba, kita boleh menambah atau mengurangkan mengikut kesesuai dan citarasa diri kita sendiri...... kita boleh mengikutinya 100% atau mengolahnya juga..... kita tidak perlu merasa takut untuk menjadikan ianya resipi kita, kerana faktor persekitaran/suhu persekitaran kita memainkan peranan didalam pengaruh masakan kita)

Musim Durian Crepe melanda

Sebenarnya masakan ini pun bermusim, macam fashion juga....  :)  Contohnya Pop cake, Hokaido cupcake, Cake in a Jar, Pavlova dan recently Durian Crepe pula.  Aku yang sememangnya gemar memasak atau membaking tidak lari dari ingin menikmati akan kelazatan resipi yang trendy ini..... hahahahaha.... trendy ker? memang trendy sebab dia mengikut musim... bila musim durian maka durianlah yang menjadi mangsa.  Tetapi bagi yang tidak menggemari Durian bolehlah digantikan dengan bahan yang lain, seperti jagung, strawberry atau apa-apa saja mengikut citarasa masing-masing.  Banyak resipi yang sudah aku lihat tetapi so far ada 2 resipi yang sudah aku cuba dan berjaya..... Bahan-bahan yang digunakan tidaklah susah untuk dicari.... semuanya sememangnya sentiasa ada di dapur kita..... cuma penggunaan tepungnya yang berbagai sehingga ada yang menggunaka lebih dari 4 jenis tepung!


Bahan2nya :
Untuk Kulit:
20 gm Tepung Jagung
20 gm Tepung Kastad
40 gm Tepung Gandum
40 gm Tepung Ubi
2  biji Telur
2 sudu makan gula
2 sudu makan butter dicairkan
80 gm susu segar
Secubit garam dan pewarna kuning
Semua bahan disatukan dengan menggunakan whisk dan kemudian seeloknya dikisar sebentar supaya tidak ada ketulan pada adunan tepung dan tapiskan.
Untuk Filling
Bahan A
2 sudu makan tepung  kastad
11/2 cawan  susu segar
2 sudu makan gula (atau ikut suka/rasa)
Double boilkan sehingga masak
Bahan B
Whipping Cream - dipukul sehingga kembang
Setlah bahan A sejuk kaupbalik dengan bahan B yang sudah dipukul kembang.  Atau anda boleh juga menggunakan bahan A atau bahan  B sebagai filling mengikut citarasa dan kesesuaian anda.
Bahan C
Durian - dipisahkan dari isinya (untuk dijadikan intinya)
Durian crepe...
Manggo crepe... its an alternatvie to those who dont like Durian....

Nota Penting : Durian crepe ini tidak boleh disimpan lama, paling lama pun 2 hari kerana inti Durian mudah bertukar rasa walaupun di simpan di dalam peti sejuk.  Silap haribulan nanti jadi crepe tempoyak pula.....:) so jangan tamak bila membuatnya, buat ikut permintaan sahaja untuk mengelakkan dari pembaziran.
Telah beberapa kali aku mencuba resipi ini, hasilnya memang superb (tumb-up) dan menjadi kesukaan suami juga anak-anak di rumah.  Sehingga ada juga jiran dan teman yang meminta resipi setelah aku beri sedikit untuk rasa.  Maka kerana ini aku kongsikan resipi yang aku goggle dari internet, mudah-mudahan bertambah pahala aku dengan perkongsian ini.....InsaAllah

Khamis, Januari 17, 2013

Kejutan hari lahir....

Pertama kali mencuba Rainbow Cake untuk sambutan ulang tahun Hani yang ke 18......
Semacam rasa bersalah pula bila aku terlewat untuk post tentang sambutan ulang tahun anak gadis ku yang ke 18 ini....  Ceritanya boleh dikatakan menarik juga, disebabkan oleh kerana kesuntukan masa dan agak sibuk dengan baking class dan beberapa tempahan ... maka entry yang sepatutnya aku post pada November 2012 tertangguh sehingga January 2013. Kenapa agaknya aku katakan menarik?, sebab..... ia merupakan satu sambutan yang tidak pernah disangka oleh Hani selama ini.  Hari itu hanya aku Shafiq yang mengucapkan 'Selamat Ulang Tahun' kepadnya pada tanggal 22 November. Dengar ceritanya dia 'touching' habis hari tu...... memang lawak, rasa tak sampai hati pun ada juga... tapi demi rancangan yang sudah dirancang, aku tahankan juga.  Shafiq yang sedang menjalani Latihan Industri langsung tak ingat akan tarikh tu...... setelah aku mengingatkan si abang akan ulang tahun adiknya barulah si abang menghantar ucapan dengan pesanan ringkas, mungkin Shafiq sibuk hingga tidak teringat...mungkin.... :) "Mama... kenapa abang, papa n adik tak wish kakak.." itulah yang diluahkan kepada ku pada pagi itu.... dan dengan datar aku menjawab.... "Papa ada meeting... abangkan duty.... tula dia orang tak sempat nak wish kakak tu......" jawab ku untuk menenangkan kekecewaannya.  Sedangkan Papa dan Dania sememangnya sengaja berbuat demikian, kerana rancangan kami malam nanti. Perancangan untuk surprise party sudah ku rancang bersama Amin seawal seminggu sebelum tarikh ulang tahunnya, cuma ianya tidaklah semeriah atau grand mana, hanya sekadar jamuan ringan tanda ingatan kami bersama beberapa teman rapatnya saja, rancangan kami ini tidak mungkin akan berjalan lancar tanpa kerjasama yang sungguh baik dari Arina teman sebiliknya dan beberapa teman rapatnya di Kolej.  Bila diingat-ingatkan seronok juga nak mengenakan si Hani ni...... hehehehehe.... Arina, Ira dan Syawan merupakan tulang belakang perjalanan rancangan kami.... to these guys, Cik Su suka nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih....:) rancangan kita berjaya!!!  yessss....
Perjalanan sememangnya baik bilamana kami sampai di Kolej jam 8.00mlm, bersama Awa Normah, selesai solat maghrib di surau Kolej.  Rancangan kami pun bermula.... wah.. wah.. wah....  Arina yang sememangnya sudah pun stand-by dan bersedia lantas memanggil Hani turun ke Cafe Kolej untuk makan malam dan setibanya di tangga kamsis Hani ditutup matanya, yang peliknya Hani akur...... memang gelak bila Arina bercerita tentang Hani ni..... dan dia dibawa berjalan dipersekitaran cafe dan melompat longkang sehingga dia agak cemas dan kemudian dia dipimpin ke meja di mana kami dan beberapa orang teman kuliahnya yang lain sedia menuggu tanpa bersuara......senyap sehabis senyap.......(sssshuuuuu)  Apabila sampai di meja dan didudukkan di depan aku, matanya pun dibuka....dan bilamana dia terlihatkan akan kami maka dia pun menjerit.... MAMAAAA....!!! dan sepontan memeluk ku dan menangis semahu hatinya, terharu mungkin akan kehadiran kami di hari bersejarahnya sehingga tiada kata-kata yang mampu lahir hanya tangisan kami yang kedengaran dalam pelukan..... huhuhuhuhu...(touching lagi....) aku tahu dia terharu dengan kejutan kami.... Papa pun touching juga nampaknya bila Hani memeluknya erat begitu juga Awa dan  Dania..... memang terharu sangat..... mungkin kerana dia menyangka bahawa kami tidak ambil pusing dan tidak ingat akan tarikh 22 Novembernya sepertimana yang diluahkan kepada Syazwan dan teman-temannya.  Dan yang pasti dia sememangnya terkejut dengan kejutan dan kehadiran kami pada malam itu.   Aku kira ramai juga diantara teman-temannya turut terharu ketika itu dan tanpa disedari menderma airmata dengan insiden kejutan ini..... Cik Su minta maaf banyak-banyak andainya insiden ini menyentuh hati kalian ya..... :(
Hani ketika ditutupkan matanya sedang berjalan ke arah kami, tanpa dia mengetahui bahawa kami berada di hadapannya sedang menuggu dengan senyap.......:)

 Dengan esak dia memotong kek ulang tahun yang ke 18, disaksikan beberapa teman sekuliah yang turut hadir.....ketika ini kami berada diperkarangan cafe Politeknik Sultan Salahuddin Shah...
Sedikit juadah untuk sambutan Hani yang sempat disediakan oleh Awa, mee hoon goreng, kek batik, roti gulung dan Rainbow Cake dari Mama Homebake....:) 1st time aku mencuba resipi ini khusus untuk ulang tahunnya.  Kami menikmati juadah bersama teman-teman Hani yang hampir 15 orang kesemuanya.... seronok mereka makan sambil bersembang, inilah masanya kami berkenalan dan bermesra dengan teman-teman kuliahnya, walaupun masa yang sangat singkat namun ianya memberikan satu kejutan yang mungkin tidak akan dapat dilupakan.....:) 
 Memeluk Awa Normah, yang turut bersama dan yang telah banyak membantu dalam menyediakan juadah jamuan ringan dan menjayakan rancangan kejutan ini....
 Dikelilingi oleh teman-teman yang meraikan malam bersejarahnya.....
Memeluk Dania, yang mula merajuk...... hahaahaha
Arina dan Ira yang banyak membantu rancangan Mama.....tks to both of you.....:) 
Papa, Ira dan Arina.....
 Rainbow cake yang laris.... tinggal hanya sebahagian, semuanya dibawa pulang ke Kamsis untuk dimakan bersama teman2 yang ketinggalan....

Selasa, Januari 15, 2013

My 3 tier wedding cakes.....

Pertama kali aku menerima tempahan kek kahwin 3 tingkat, at first ada semacam gementar.... lebih2 lagi bilamana permintaan ini sememangnya diluar jangkaan.  Biar betul 3 tingkat! perasaan takut dan kurang yakin pada kemampuan diri mulai menjalar...... Wahhhh..... cabaran bermula.  Namun hati berkata "inilah peluang untuk aku mencuba kemampuan ku..." why not just try your best.... berkata lagi sang hati..... dan akhirnya dengan satu kata yang begitu yakin aku bersetuju untuk menerima tempahan dan akan buat yang terbaik untuk pelanggan ku Syamsiah.   Kepercayaan yang diberikan kepada ku tidak akan ku persiakan dan mungkin kerana tempahan pertamanya ketika majlis pertunangan adiknya pada awal December 2012 memuaskan hati, maka untuk majlis persandingan yang akan berlangsung pada tanggal 13.1.2013 di Dewan Berlepas LUTH, Kelana Jaya, dia kembali meminta khidmat ku, Mama Home Bake..... Iam so happy.  My motto is bake with love...... :)
Segalanya aku rancang dengan baik.  3 jenis cake yang berbeza, chocolate sponge, Red Velve dan Rainbow Cake.  Malam Khamis aku sudah mula membaking chocolate sponge dan rainbow, malam berikutnya Red Velvet.  Dan pada malam Sabtu aku mula mengadun Italian butter cream yang remeh sekali..... dan tepat waktunya di malam Ahad segalanya beres...... wahhhh!!!! Iam satisfied with my work! lalalalala........ berlagu dalam hati, walaupun sudah beberapa malam aku tidur lewat.... namun aku gumbira...... mari kita lihat hasilnya.... silakan :
 
 Proses menghantar dan memasang kek aku lakukan bersama suami ku dan anak gadis bongsu ku, Dania..... both of them has helped me a lot...... thanks to them and my big girl Hani.....
 
 Chocolate sponge with white chocolate genach and mashmellow and fresh cream topping..... this is my own idea to fency the sponge cake.....
 This is Syamsiah family favourite cake...... special request a Philidelphia cream cheese not a tantura cream cheese ya....LOL
 The final and challanging cake.... the Rainbow cake with Italian Butter cream..... Hani has give a good hand to do the cream.... now she know how complecated the process is...... LOL a lesson for her......anyway thank u, Hani.....
 
Dari apa yang dapat dilihat, ada beberapa perkara lagi yang boleh aku perbaiki.  And frankly Iam satisfied with my own efforts and will improve my baking and decorating..... I remember of a golden words from a friend which is "Practice make perfect....!" she is very right.....:) this will make me to never give-up to practice till Iam become better...... :)

 

Jumaat, November 16, 2012

Pre Birthday Celebration cum a family day...

Tidak disangka sms ku buat anakda memberikan jawapan yang positive, cuti sempena hari Deepavali pada 13.11.2012, terselit sedikit masa terluang selepas latihan bola tamparnya.  Di kesempatan itu kami sebulat suara untuk turun ke Lumut menziarahinya sambil menyambut hari kelahirannya yang ke 21.  Walaupun ianya seawal 2 hari dari hari ulang tahunnya yang sebenar, namun ianya tetap sambutan yang sungguh bermakna bagi kami sekeluarga.  Hanya berbekalkan sebiji Red Velvet Cake dan Lemon Cheese Cake yang sempat aku siapkan, majlis sambutan pre birthday Shafiq memberikan kejutan buatnya.  Menikmati hidangan makan tengahari dengan berbekalkan kerabu mangga yang aku bawa dari rumah.   Cadangan dari Papa, lauk yang sesuai dengan kerabu mangga adalah Ikan Bakar dan lauk-lauk kampung.  Lauk kami beli dari bazar di Pekan Lumut.  Lala berlada, Pucuk Paku masak Lemak Cili Padi, Ayam goreng berempah, Sambal Kuini dan ulam-ulaman menjadi santapan kami sekeluarga.  Berasap telinga dengan penangan lauk-lauk kampung.   Masing-masing makan dengan berselera di tepi pantai Lumut sambil bersila, Ayam goreng berempah menjadi rebutan 3 beradik..... biasala tu kan?  Selesai makan dessert for the day, is Red Velvet Cake dan Lemon Cheese Cake.  Birthday boy lebih senang dengan Cheese Cake sebenarnya.... tapi dua-dua kek tu dia bedal juga.....hahahahaha
Cepat2 Bang... kita potong cake ni......
Lets cut the cakes Fiq....! Hani tumpang sibuk.... wink3x
Red Velvet Cake, special for 21st bday celebration.....
Lemon Cheese Cake... Shafiq 1st choice....:)
Finally after had our pleasent lunch, kami singgah untuk solat zohor dan teruskan perjalanan ke Manjung dan Setiawan....  Kami dibawa ke kedai Motor yang menjadi idamannya..... wah3x  Motor besar.... rupanya!!  Okay, no problem.... syarat kami dapatkan dulu lesen 'B Full' than we discuss again....:) 
Selepas ke kedai Motor kami singgah minum petang di warong Rojak Manjung...... makan lagi.... :) I guess Shafiq memang selalu ke sini.... sebab tau benar dia selok belok di pekan ni..... kantoi sudah!
 
Rojak popular Manjong..... memang sedap....! yummyyy...
Memandangkan Shafiq punya masa sehingga jam 11.00 malam, kami gunakan untuk bergether-gether shopping di Pekan Setiawan.  Bak kata perjalanan kami Lumut - Manjung - Setiawan, tidak terasakan...... kerinduan kami terubat bila bersama seperti mana lazimnya.  Masa terasa berlalu terpantas dan peluang untuk bersama kami gunakan sepuas-puasnya.  Sempat juga kami membeli-belah disekitar pekan Setiawan dan makan malam di Jeti Pekan Lumut, sebelum Shafiq kami hantar semula pulang ke KD Hang Tuah. The best moment ever untuk kami sekeluarga...... we may come and visit you again my dear son.....:) We guess that he knew, we will come again..... :) InsaAllah... andai ada masa terluang dan rezeki kami pasti akan datang menziarahinya dimasa akan datang.
Sebuah kepuasan yang tidak terperi bilamana melihat dengan mata dan kepala kami sendiri keadaan diri anak kami.  Kesihatannya dan ceritanya.... suaranya dan beritanya kami dengari selalu, namun tanpa melihat keadaan sebenarnya kami sangsi, namun setelah bertemu dan melihat keadaannya, kami berasa puas dan tenang sekali, sebagai ibu bapa, kami mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak kami..... melihat setiap perkembangan dan perubahan anak-anak adalah satu kemestian bagi kami, andai bisa setiap perubahan waktu kami mahu melihat mereka membesar didepan mata.... namun ia hanya akan menjadi impian, kerana keadaan yang tidak mengizinkan..... apapun kami berdoa semuga anak-anak membesar dengan baik walau dimana mereka berada.....InsaAllah....


 



Isnin, Oktober 29, 2012

Kasih bertaut hati bersatu....

Keadaannya agak membimbangkan sejak kebelakangan ini, saranan supaya mendapatkan rawatan ulangan ke hospital PPUM hanya sia-sia, bilamana berbagai alasan diberikan untuk tidak kesana semula.  Aku memerhati dan dapat merasakan akan peristiwa lama berulang kembali andai kedegilannya berterusan.  Sehingga pada suatu hari dia tidak langsung keluar dari rumah dan tidak tahan dengan bahang mentari dan kesejukan hawa dingin.... aku tahu itulah petandanya.  Resa hatiku menyatakan dia 'kumat' kembali.  Lantas atas saranan seorang teman aku gagahi mencari stokis product House of Healin.  Setelah melihat di intenet akan khasiat dan kegunaanya.  Pencarian ku berhasil dimana product yang dimaksudkan semuanya ada di Jalan Sri Sarawak, Taman Sri Andalas.  Demax X berharga RM79 untuk 30mg dan Gemogen Premier berharga RM129.90 untuk 500ml, biarpun harganya agak mahal namun demi untuk kebaikan suami ku, harga bukan lagi menjadi ukurun.   Mujur dia juga bersetuju dan menerima product yang sudah ditangan tanpa banyak bicara.  Apa yang penting ianya dapat membantu proses penyembuhan dan mengurangkan ketidakselesaan dikulitnya khusus dibahagian tangan dan lehernya.  Menjaga orang sakit bukan mudah....! banyak perkara yang harus dititikberatkan.  Pemakanan, persekitaran dan emosinya harus dijaga....lebih-lebih lagi penyakit seperti Amin.  Habuk, lembab, panas dan terlalu dingin menjadi musuhnya, bilamana kulitnya tidak punya daya ketahanan dan tidak boleh menahan dan menerima perubahan cuaca yang terlalu panas atau dingin. Aku bersyukur... anak-anak memberikan sokongan yang sungguh baik.  Untuk anak sulung ku, dia begitu memahami dan bertindak seperti mana seharusnya, dengan memberikan segala kerjasamanya apabila mengetahui akan kesukaran ku dan ketidak sihat Papanya. Sejujurnya aku tidak mungkin menipunya, kerana kami pernah melalui saat getir ketika Papanya sakit dulu...... sehingga disaat ini, peristiwa itu tidak akan mungkin hilang dari ingatan kami.  Dan untuk kedua-dua gadis ku, kasih sayang dan keperihatinan yang ditunjukkan kepada Papa.... menyejuk dan mengembirakan Papa.... mereka begitu memahami situasi Papa yang tidak sihat..... Aku kira, kerana anak-anak jugalah suami ku bersetuju untuk mendapatkan rawatan ulangannya di hospital semula.  Untuk anak-anak ku, sokongan kalianlah yang memberikan kekuatan kepada Papa...... "Pa..... anak-anak perlukan Papa..., dont let them down...." ungkapan itu sering ku ulang ditelinganya.... mungkin dia jemu dengan ayatku, namun tidak pernah aku peduli, yang penting dia harus sedar betapa pentingnya dia untuk anak-anak ku...... aku tidak akan berhenti dari memberikan dia semangat untuk terus melihat kejayaan anak-anak didepan matanya.... Janji ku kepada Shafiq "Mama akan berikan penjagaan yang terbaik untuk Papa....."
Cuti 3 hari sempena hari raya aidil adha percuma hanya di rumah..... hasrat untuk pulang kekampung dan ke Lumut tinggal harapan.  Kerinduan bukan kepalang, namun kekuatan tiada untuk digagahi...... Mungkin inilah yang dikatakan.... "Kita merancang, Tuhan yang menentukan..." jelas sekali.... andai bukan takdirnya rancangan hanya tinggal rancangan semata..... apapun kami redha dengan ketentuannya...... Pohon ku semuga Allah kurniakan kami ketabahan, kekuatan dan keimanan untuk menghadapi dugaan ini...... kerana aku tahu, hanya hamba yang dikasihi akan menerima ujian Allah.... dan Allah sangat suka akan hambanya yang tidak berhenti dari memohon kepadanya....... Ya Allah, aku tahu tersimpan rahsia disebalik kejadian mu ini...... aku bersyukur dan amat bersyukur ya Allah  ternyata kasih sayang kami bertaut dan terbukti dengan dugaan mu.....Alhamdulillah...

Selasa, Oktober 16, 2012

Untuk anak-anak ku....

Pepatah mengatakan, "Jauh perjalanan, luas pemandangan..."  membawa makna yang mendalam dalam perjalanan seseorang didalam kehidupan.  seharusnya begitu.... tetapi kalau perjalanan yang dilalui itu sehingga merentasi benua dan lautan, namun tiada juga dia melihat isi maya ini dan belajar dari perjalanan yang telah dilalui tidaklah juga kita mengetahui jalan yang pernah dilalui selama perjalanan yang panjang itu.... aku tidak bermaksud untuk berkata tentang orang lain, hanya tentang diri ku sendiri yang tidak seberapa perjalanan yang telah aku lalui dan pelajaran yang telah aku dapati..... aku masih terlalu jahil di dalam banyak perihal perjalanan sebuah kehidupan.  Biar sudah menjangkau usia setengah abad, namun aku akui tidaklah aku pandai di dalam banyak perkara.   Aku masih lagi belajar mengenali setiap insan disekeliling ku, hati budi mereka, sikap dan keraktor mereka dan banyak lagi yang tidak terjangkau dalam minda ku..... hakikat yang aku pasti aku kenali adalah perjalanan seorang aku yang merasa dimana titik bermula aku dipanggil Mama dan aku berjanji dalam diriku akan menjadi Ibu yang terbaik untuk anak-anak ku, Muhammad Azaharudin Shafiq, Hani Hazirah dan Dania Batrisyia.  Perjalanan inilah telah aku lalui sedari denyut pertama nadi janin ku, sehinggalah saat kelahiran yang tidak tergambar betapa kesakitan itu dan dia lahir sempurna dengan izin Allah, melihat setiap perkembangan diri anak-anak, menjaga dan membesarkan mereka dengan pelbagai dugaan bersengkang mata ketika demam atau sakit....semuanya dapat dilalui dengan baik demi sebuah kasih sayang dan tanggungjawab yang tidak pernah berbelah bagi. 
Membesar dengan limpahan kasih sayang kami.... melihat proses pembesaran dan kedewasaan yang terlalu pantas berlalu.  Aku lalui dan aku akui amat merindui saat-saat mereka di ribaan dan mereka dipelukan..... bayi ku adalah yang terindah anugerah Allah..... demi itu aku berjanji untuk memberikan mereka yang terbaik dari awal hingga mereka berdikari dan dewasa, aku yakin pasti ibu-ibu dan bapa-bapa yang lain punya janji yang sama sebagaimana aku dan suami ku untuk anak-anak mereka.  Namun berapa ramaikah anak-anak yang menyedari perasaan ini?  Tahukah anak-anak betapa segalanya sanggup  ibu ayah lakukan untuk memberi yang terbaik untuk kalian?  Sungguh benar, ia tanggungjawab ibubapa, namun tanggungjawab ini kami laksanakan bersama kasih sayang yang tidak pernah berbelah bagi dan tidak akan boleh dibeli dengan ringgit, kerana kalian adalah anugerah Allah yang teramat tinggi nilainya
Lihat diri kamu, imbas kembali silam kamu..... tika kamu disuap makan, dimandi, didandankan..... dihantar kesekolah, dijemput dari sekolah...... waktu kamu dimarahi guru, bergaduh di sekolah.... siapa yang membela kamu, siapa yang memujuk kamu....? aduhai..... segala ini masih terlalu segar dalam ingatan kami...... walaupun kamu comot dan kotor, tapi kamu masih tetap anak kami....  walau kamu lemah dan kurang menyerlah dalam pelajaran, kami tidak jemu memberikan tunjuk ajar dan kamu tetap anak kami..... kami tidak pernah jemu untuk mengajar dan menunggu kalian ketika membuat kerja-kerja sekolah.... walau kami marahi kalian, walau kami rotan kalian, namun itu hanyalah sebagai pengajaran supaya kalian belajar untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.  Ingatkah lagi ketika kalian menghadapi peperiksaan kami temani kalian hingga ke dewan peperiksaan, kami mengaji di surau sekolah dan berdoa untuk kejayaan kalian..... apa kalian lupa...??  Kami tidak pernah lupa walau sedetik saat susah dan senang kami bersama kalian.... saat kami meminpin tangan kalian yang munggil dan comel hingga tangan kalian sebesar tangan kami..... kalian tetap anak-anak kami yang tidak boleh kami ganti dengan yang lain........Shafiq, Hani dan Dania.... kalian adalah nyawa dan jiwa kami...... tiada harta yang lebih berharga dari kalian untuk kami, demi itu kami berjanji untuk memberikan yang terbaik dan termampu sebagai bekalan masa depan kalian.  Ingatlah Ilmu itu penting.... hina kita andai tiada ilmu dunia akhirat tiada pengangan ugama yang baik dan keimanan yang kukuh pada Allah..... demi itu kalian kami ingatkan agar belajarlah bukan kerana kami, tetapi kerana masa depan kalian dunia dan akhirat...... Bak kata pepatah "tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China..."  betapa besarnya dan pentingnya ilmu sebagaimana didalam Quran juga mengatakan.  Untuk anak-anak kami.... doa buat kalian sentiasa dibibir dan dihati kami....." Ya Allah... jadikanlah anak-anak ku, anak-anak yang soleh dan soleha, anak-anak yang pengasih dan penyayang.... kurniakan anak-anak ku keimanan mu, ketakwaan mu dan rezeki mu.... hindarkan anak-anak ku dari kejahatan, kekufuran dan hasutan syaitan.....Ya Allah, kepada mu aku memohon dan kepada mu aku berserah.....Kau berikan anak-anak ku kesihatan fizikal dan mental yang baik, dan kau kurniakanlah mereka kejayaan dan kecemerlangan dipelajaran dan pengajian mereka...." Aminnnn......

Sabtu, Oktober 13, 2012

Cheese Cakes...

Sudah beberapa kelas yang aku sertai, tetapi kelas Cheese Cake oleh Chef Chee Seng sememangnya sudah lama aku nantikan.  Janji resipi 4 jenis Cheese Cake menjadi nyata, Orange Cotton Cheese, New York Cheese, Straberry Cheese dan Lemon Cheese Cakes aku pelajari didalam masa sehari dengan kos sebanyak RM140.00 berbaloi sekali.
 
Strawberry Cheese Cake....
 Straberry Cheese Cakes Recipe
Base Ingredience:
60gm Marie/Digestive or Oreo Biscuits)
30gm Melted butter                                ) mixed n press in mould as the base
Filling Ingredience
80gm Cream Cheese (Tatura cheese)
30gm castor sugar
1nos egg yolk
240gm Whipping cream
2spoon strawberry filling
2tea spoon Gelatin   )
2tea spoon water      ) mixed together and double boil

Orange Cotton Cheese Cakes..
Orange Cotton Cheese Recipies
Base Ingredience:
60gm Marie/Digestive or Oreo Biscuits)
Ingredience A
80gm Cream Cheese (Tatura cheese)
30gm castor sugar
2nos egg yolk
10gm corn flour
70gm fresh Milk
1 table spoon orange juice
Ingredient B
2 nos white eggs
40gm castor suger 

New York Cheese Cakes.... (Sorry it a bit brown on the top...:) )
Lemon Cheese Cakes....
Blueberry Cheese Cakes.... (Recipies from the Lemon Cheese,  I just added a blueberry on the top and it can be called as Blueberry Cheese Cake....)