Ahad, Ogos 15, 2010
Jam tangan
Dah hampir 3 bulan jam tangan Bonia yang rosak talinya aku hantar ke agen Bonia untuk ditukar. Sebenarnya sebelum ke agen Bonia aku telah pun pergi kemerata kedai jam untuk menukar tali sekiranya ada yang sesuai. Tapi nampaknya kecewa belaka... memandangkan jam itu masih berfungsi baik dan aku sememangnya menyayanginya, sebolehnya aku cuba untuk mendapatkan ganti bagi talinya yang sudah rosak. Untuk tali jam saja, rasanya sudah 3 kali aku menalipon agen jam untuk bertanyakan status jam tangan ku. Aku kira tempoh yang panjang itu memberikan aku berita gembira tapi tidak rupanya. Tali yang rosak sudah tidak ada lagi dalam simpanan mereka (Bonia). Cadangan mereka supaya tali jam yang berwarna kehijauan itu digantikan dengan warna hitam memandangkan hanya tali berwarna hitam yang ada dalam simpanan mereka. Aku jadi serba-salah, aku tergambar rupa jam ku yang pelik hijau dan hitam!! Memang pelik dan ganjil rasanya. Harga untuk sepasang tali jam hitam Bonia berharga RM70.00. Terkejut juga aku bila mendengar harga tali jam yang harus aku bayar. memandangkan sudah lama aku menunggu untuk mendapatkan tali yang sesuai, aku mengambil keputusan dan menyerahkan kepada pihak Bonia untuk membuat pilihan yang sesuai untuk jam tersebut.
Petang Sabtu aku menerima panggilan dari agen jam Bonia di Banting, mengatakan jam tangan ku telah pun sampai dan aku boleh mengambilnya pada bila-bila masa. Tak sabar rasanya untuk melihat tali jam baru.... tapi rasanya aku dapat rasakan betapa peliknya jam aku nanti....:(
Memang betul bagai apa yang ku sangka.... aku rasa sungguh pelik dan janggal dengan warna yang dipadankan oleh mereka. Aduh hai.... nak menangis rasanya melihat kombinasi yang kalang-kabut... rasa menyesal pun ada ketika itu.... Mungkin budak-budak pekerja Kedai Jam itu faham perasaan ku dan mengatakan 'OK' kepada tali jam baru itu.... Sebenarnya aku menerima dan membayar harga yang jam itu dengan hati yang 'larat' sekali. Kecewa sebenarnya.... tapi aku tiada pilihan lain......
Hani dan Dania juga sebenarnya sudah sekian lama meminta jam, Papa sebenarnya berjanji untuk membelikan mereka jam, tapi budget Papa dah pergi kepada langsir yang kami tempah malam semalam. Untuk tidak mengecewakan anak-anak especially Dania yang rajin berpuasa aku membelikan mereka seorang sebuah jam. Masing-masing memilih jam yang sesuai dengan cita rasa mereka, dengan syarat mesti rajin tolong Mama & Papa dan jangan liat bangun sahur.
Sabtu, Ogos 14, 2010
Undangan berbuka
Sampai aku dirumah, aku dimaklumkan tentang undangan berbuka petang ini. Well.... tak payahlah masak nampak gayanya. Memandangkan hari ini aku kerja setengah hari, maka adalah sedikit masa untuk aku berkemas rumah. Siap jam 7.00 petang kami bertolak dari runtuk ke Rashid Seafood yang terletak di Sungai Manggis. Pertama kali aku melangkah ke sana, suasananya bersih dan selesa. Hidangan telah pun di pesan sebelum kami sampai. Wah bukan main banyaknya hidangan yang dipesan oleh saudara kita ini. Tomyam campur, Siakap kukus, Puyuh goreng, Udang goreng tepung, Kangkong belacan, Timun dan sambal belacan. Minuman jus, tembikai dan nescafe panas menjadi hidangan. Pihak restaurant menyajikan buah kurma sebagai pembuka berbuka, ini merupakan hidangan yang biasa diamalkan dikebanyakan restaurant ketika di bulan Ramadhan.
Sebenar ramai dari yang diundang tidak dapat hadir, dari pihak kontrator mujur ada 6 orang kakitangan hadir yang mana kesemuanya anak-anak muda. Manakala pihak tuan rumah datang bersama isteri dan anak lelaki. Memandangkan hidangan yang telah dipesan berlebih banyak maka tuan rumah mencadangkan supaya lebihan makanan dibungkus. Cadangan yang baik, dari membazirkan makanan dan dibuang begitu sahaja lebih baik dibungkus dan bawa pulang supaya dapat dimakan kemudian nanti. Kami dipelawa membawa makanan lebihan pulang, tapi aku menolak dengan baik memandangkan kami tidak makan nasi ketika sahur. Sebaliknya bungkusan yang dibungkus aku serahkan kepada 6 jejaka teruna yang tinggal serumah untuk mereka makan ketika sahur. seronok tengok anak-anak muda ini makan dengan seleranya lebih seronok mereka bila makanan untuk sahur pagi esok sudah ditangan. Sebenarnya inilah pertama kali kami bertemu dangan mereka ini. Kami berkenalan dan bersembang ringan. Nampak mereka ini anak-anak muda yang baik dan berbudi, kesemuanya mereka berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang rupanya. Kami bersurai sambil mengucapkan terima kasih diatas undangan hari ini, jemputan datang ke rumah ketika raya bersilih ganti menjadi penutup pertemuan.....
Selasa, Ogos 10, 2010
Ramadhan datang lagi....
1 Ramadhan 1431H jatuh pada 11.08.2010 bersamaan hari Rabu. Mudah-mudahan Ramadhan Al-Mubarak tahun ini dapat dilalui dengan penuh kerahmatan dan keberkatan Allah. Bersederhana menjadi amalan kami sekeluarga dalam menghadapi bulan Ramadhan memandangkan ahli keluarga kami sudah terbiasa dengan amalan puasa jadi tidaklah menjadi kejutan bagi anak-anak khususnya Dania. Dia begitu seronok dan beria-ia untuk berpuasa esok. Tapi aku sebenarnya tahu yang dia tidak sabar untuk menyambut Hari Raya......:) setiap hari dia membilang hari untuk berpuasa.
Biasanya bila berpuasa baik aku atau pun Hani, kami memang tidak bangun bersahur, kalau bangun pun hanya untuk segelas air putih. Tapi kerana Dania, Papa siap sedia membeli Udang besar sebagai hidangan sahur supaya Dania boleh bangun bersahur esok pagi..... Kalau tahun lepas ketika dia berusia 7 tahun dia hanya cuti puasa 2 hari tapi tahun ini aku berharap mudah-mudahan dia dapat berpuasa penuh. Latihan dan amalan yang baik untuk mendidik anak-anak menjadi muslim dan muslimah yang bertakwa.... insaAllah.....
Isnin, Ogos 09, 2010
Shopping lagi...
Selepas makan tengahari Papa menghantar Shafiq, Ejai, Zuhir dan Tuan balik ke Sg. Besi. Macam biasa kalau ramai yang nak dihantar balik, kami memang tak dapat nak hantar sama. Aku menghantar anak-anak dipintu pagar saja, jadi aku merancang untuk bershopping kasut raya dengan anak-anak gadis ku ke AEON Klang. Kami bertolak dari rumah jam 4.00 petang, dalam masa 30 minit kami sampai di AEON. Tujuan utama untuk mencari kasut untuk anak-anak jadi kami terus saja ke tempat yang dituju. Kasut Hani yang pertama kami dapat, ternampak sandal yang cantik, nampak macam sesuai untuk orang tua, teringat aku akan ibu mertua ku. Sememang setiap tahun aku yang membelikan dia sandal, jadi apa lagi aku minta saiz 8, memandangkan saiznya dengan aku sama, jadi agak senang untuk aku mengagak mana yang sesuai untuknya. Tengok punya tengok ternampak pula kasut yang cantik dan murah, diskaun hingga 70%! apa lagi aku minta saiz ku dan here we go. Giliran untuk mencari kasut untuk Dania, inilah yang masaalah.... dari sudut ke sudut kami berjalan, dari satu kedai ke satu kedai, tapi tak ada yang dia berkenan dan akhir sekali masuklah kami di kedai Bata. Setelah 3 ke 4 pasang kasut yang dia tengok dan dia cuba akhirnya dia setuju dan berkenan dengan kasut yang satu..... maka hilanglah penat kami dan barulah dia terasa perutnya lapar dan minta supaya dibelikan Big Apple donut kegemaran kami..... selepas donot dan cappucino ditangan kami pulang kerumah dengan senang hati. Di raut muka anak-anak ku tergambar kegembiraan. Didalam kereta anak-anak mengucapkan 'Terima kasih Mama' seperti biasa..... Dalam perjalanan kami bercerita tentang Hari Raya.... Dania the most yang happy la hari tu.... tapi dalam happy kami tak lupa pada Abang yang belum ada apa-apa persiapan rayanya..... "kesian Abangkan, dia belum ada baju raya lagi...." kata ku pada adik-adiknya.... Hani dan Dania maklum tentang perasaan ku pada abang mereka.... "nanti la bila abang balik masa nak raya kita pergi shopping dengan abang ya" kata ku lagi.....
My lucky son.....
Semasa di Subang Perade aku dimaklumkan Shafiq dapat balik bermalam, terkejut juga apabila pada mulanya dia kata tak balik, kemudian balik pula. Anyway, Papa ke Sg Besi untuk menjemputnya bersama teman-temannya yang biasa akan bermalam dirumah. Oleh kerana malam minggu ada jemputan kenduri di rumah Yati dan kami telah pun berjanji untuk ke rumah Abang Zakaria di Puchung, aku tidak merancang untuk masak makan malam. Hani yang berpuasa hanya mahu berbuka ringan dirumah dan makan dirumah Angah Yati katanya. Tapi tak sampai hati la pula bila budak-budak balik tak ada hidangan untuk mereka. Aku pun terus ke kedai dan sampai dirumah terus menyediakan apa yang patut untuk hidangan minum petang dan berbuka Hani. Mee goreng dan kuih badak yang sememangnya telah aku sediakan awal untuk ku bawa ke rumah Yati dan Abang Zakaria. Selesai solat magrib anak-anak ku suruh segera bersolat dan kami berangkat ke rumah Yati untuk majlis Yasin dan Tahlil. Selesai saja majlis kami ke Puchong pula. Tujuan ke Puchong sebenarnya untuk berjumpa dengan Abang ku yang merupakan kaki Golf. Kebetulan Shafiq berminat untuk bermain Golf di Universiti dan dengan bantuan Wak Z dia mendapat set Golf, kasut dan glove. Cara permainan, tektik permainan dan bermacam-macam yang dikongsikan oleh Wak Z kepada Shafiq. Dia gembira bilamana mendapat tahu yang Shafiq berminat untuk bergolfing........ bermacam yang diperturun dan diperingatkan sebagai pendorong anak buahnya, pendek kata Abang ku sememangnya tidak lokek dengan ilmu malah dia sanggup untuk memberikan setnya yang berharga kepada anak buah sebagai pendorong dan sokongannya. Aku tidak pernah kecewa dengan Abang ku ini. Aku sebenarnya bukan sahaja bertuah kerana punya Abang sebaik dia, tapi dia juga merupakan seorang yang perihatin terhadap semua ahli keluarga ku terutama anak-anak ku, aku kira anak-anak ku bertuah kerana mereka mendapat perhatian dan sokongan istimewa dari Waknya.....
Lunch with my Kayla's friends
Azlan dah lama merajuk dengan aku, tiap kali dia call pasti dia meluahkan rasa tak puas hatinya kerana kesibukan aku. Well apa nak buat, aku memang sentiasa sibuk, maklumlah jawatan yang ku sandang sebagai ibu dan isteri bukan jawatan yang enteng. Tapi sebenarnya aku memang rindu untuk berjumpa mereka-mereka bukan aku bukan mengenepikan masa untuk berseronok walaupun sebenarnya aku berkerja. Routine harian pagi lepas siap kerja rumah aku ke pejabat, dan lepas waktu pejabat aku balik rumah.... Ramai teman-teman pejabat lama yang menghubungi ku ingin bertemu tapi jawapan aku memang biasa.... aku tak ada masa...! kadang-kadang aku terfikir juga, kejam ke aku pada mereka atau pada diri ku sendiri? yang seingat aku, aku bersantai dengan adik-adik sepupu ku kebelakangan ini, itu pun kami minum petang di Sayang Manis last month dan a few years ago bila kami berbowling di Arena Bowl Banting. Setelah berbincang dengan Amin dan mendapat izin darinya aku gazettekan tarikh 7.8.2010 (sabtu) jam 1.00petang untuk bertemu dengan Azlan, Lillian dan Racheal. Aku apply cuti seawal 10 hari sebelum tarikh 7hb, selepas ku pohon cuti baru aku memaklumkan kepada Azlan tentang cuti yang telah ku pohon untuk bersama mereka. Azlan begitu bersungguh-sungguh untuk mengatur pertemuan kami dan akhirnya kami bertemu di Subang Perade pada jam 1.00ptg untuk makan tengahari. Aku tiba agak awal hari tu... yang mana aku pun berwindow shopping di Parkson, aku sebenarnya seronok bila berada di department household, bila keluar dengan anak-anak dan Amin, peluang untuk melihat-lihat apa yang ingin aku lihat sangat terhad. Masa dan tumpuan ku lebih kepada mereka, kerana itu aku bila bersendirian aku punya masa yang selesa untuk menjamu mata. Sementara menuggu mereka sampai aku terpandang A Famous Amouse biscuits in a red love shape container, why not I got this for Lillian but its a cheap gift I guess, tapi aku suka presentationnya yang cantik dan comel. Sebenarnya aku telah pun menyediakan Pineappe Cheese Cake untuk mereka setiap orang sebagai buah tangan dari ku, Iam sure they will like the cakes.
What a day! seronok dapat jumpa mereka-mereka ini. Rancangan untuk ber hi-tea di Grand BlueWave Hotel dipinda atas permintaan Racheal. Kami sebenarnya tidak kisah tentang tempat as long confortable dan dipersetujui ramai. We had a wonderful lunch at Pizza Hut, Lillian was so sweet bilamana dia menjadi 'Santarina' memberi setiap dari kami a present! Aku mendapat gelang tangan bermata putih yang cantik..!, Azlan dapat key chain dan Racheal pula dapat paper weight yang comel..... :) Selesai makan kami sambung ke McDonold, hanya kerana teringinkan Sundea dan French Fries kami melepak pula di McD, banyak yang kami sembangkan, banyak peristiwa manis dan pahit semasa di Keyla Berverly Hills. Waktu yang sengkat di Kayla tapi cukup bermakna dan banyak mengajar kami tentang khidmat pelanggan, sikap manusia yang pelbagai dan tanggungjawab. Kerana masih lagi ingin bersama tapi perut dah kenyang kami meronda satu Subang Perade, Rachel yang sibuk mencari a suit untuk anak lelakinya untuk majlis perkahwinan mengambil kesempatan untuk berwindow shopping di situ, lain yang dicari lain pula yang jumpa kasut pula yang dibeli kerana kebetulan ada diskaun hebat.
Pertemuan kami meninggalkan kenangan lucu yang mana aku tak dapat mencari tempat dimana aku memakir kereta ku!! Azlan dan Lillian yang menemankan aku penat berpusing-pusing. Aku ingat Level A2, tapi bila lift terbuka kami berada di A8, A7.... sampai diA3 that its. Dah penat dan berpeluh kami, kami keluar semula ke Ground Floor dan mengikut laluan aku masuk dan akhirnya aku jumpa dengan kereta antik ku..... disitu kami berpisah dan berjanji akan berjumpa lagi........ along the way driving alone I feel so nice and released...... I have a sweet time with them even only a few hours but it was fun!
Khamis, Ogos 05, 2010
Accupunture
Selesai berjumpa Dr. Jenny untuk temujanjinya matanya yang tertangguh sejak minggu lepas, Papa membawa Hani ke Tabib Ho di Jalan Kemanis, Pendamaran untuk masaalah sakit pinggangnya. Aku mendapat saranan untuk membawa Hani ke Tabib Ho, oleh Dr. Ravinder yang mengetahuai sedikit sebanyak tentang masaalah Hani dan beberapa rawatan yang telah dibuat di Hospital Banting dan urutan oleh Tok Mas tidak dapat membantu kesakitan yang dialami. Dengan itu Dr. Ravinder menyarankan rawatan alternative Tabib Ho (Sengsei cina ortopedik) dicuba untuk membantu Hani. Menurut Papa, Hani di accupunture di antara mulut dan hidungnya untuk memulihkan saraf (nerve) yang bermasaalah. Pada mulanya dia menolak untuk diaccupunture.... mungkin ada perasaan takutnya, tapi apabila Papanya memujuknya dia akur. Dan ketika diaccupunture dia menangis...... Tabib Ho memaklumkan kepada Amin ketika itu. Dia diberi rawatan urutan dan ubat-ubatan cina untuk beberapa 2 hari dan diminta untuk datang semula.
Sampai dirumah aku bertanyakan kepadanya sendiri akan proses rawatan yang diterima dan apa yang diberitahu oleh Tabib Ho. Katanya menurut Tabib Ho, Hani mengalami tulang belakang yang sedikit bengkok mungkin kesan dari jatuh dibahagian punggung yang agak kuat. Tapi aku agak muskil mengapa ketika imbasan X-ray di Hospital Banting, Doktor yang merawatnya tidak melihat akan keadaan tulang yang lain dari biasa? Adakah kerana kecuai atau terlepas pandang oleh Doktor yang merawat atau hanya Doktor Ortopedik sahaja yang boleh mengenal pasti keadaan ini? Setelah berbincang dengan Amin tentang masaalah Hani, kami bercadang akan meneruskan proses perubatan cina Tabib Ho sehingga Hani dapat dipulihkan dan insaAllah saranan Tok Mas supaya aku melakukan urutan Ibu Anak kepada Hani akan aku teruskan. Aku menalipon Tabib Ho sendiri untuk bertanyakan keadaan Hani, pantang sekiranya ada, Tabib Ho menegah Hani dari memakan Itek, daging kambing dan lembu untuk sementara. Dan memaklumkan bahawa dia akan berasa letih sehari dua ini kesan dari proses perubatan yang dilaluinya. Temujanji dengan Tabib Ho setiap 2 hari, dan esok Hani akan berjumpa Tabib Ho semula untuk proses seterusnya. Aku akan mengusahakan juga supaya Hani akan dapat disembuhkan dengan doa dan urutan Ibu Anak ini.... Semuga Allah memakbulkan doa ku, seorang Ibu yang mahu melihat kesihatan anak-anaknya.... kebahagian ku apabila mereka sentiasa berada didalam kesejahteraan.....
Isnin, Ogos 02, 2010
Friendly match.....
Hani telah dimaklumkan tentang perlawanan persahabatan teakwando bersama sebuah kelab teakwando dari Kepong, Kuala Lumpur. Perlawanan bermula pada jam 1.00 petang di Saujana Teakwando Centre. Aku pula terlibat dengan program Ecogreen di Bandar Puteri, aku terpaksa berkejar untuk sampai ke Center pada masa yang telah ditetapkan, bagi memberikan Hani sokongan ku memandangkan Amin dan Dania pula terpaksa ke Nilai untuk majlis kenduri kahwin anak Kak Mah hari ini. Mujur sesampainya aku di Center perlawanan baru saja bermula. Nantini membuka acara perlawanan dan kemudian diikuti oleh Hani. Aku terpegun dengan perlawanan yang ditunjukkan oleh Hani hari ini. Dalam keadaan dia yang masih belum pulih dari Muscle Spasm dia mampu memberikan perlawanan yang baik kepada pihak lawan. Kakinya cantik sampai di kepala lawan gadis cina bertalipinggang merah dan dia begitu berani memberikan tentangan hebat. Jari-jari ku menggigil ketika cuba memetik hp merakamkan gambar dia berlawan apabila melihat dia berlawan hari ni...... :) good game!
Perlawanan demi perlawanan berlangsung and hampir ke penghujung perlawanan, Hani, Nantini, Safwan, Afiq diminta berlawanan lagi...! Kali ini Hani bertemu dengan gadis bertalinpinggang hitam memang lawannya, dimasa pertama dai bertukar kepada peserta yang lain..... sigadis tadi mungkin memohon berundur atau si coach minta dia berhenti setakat itu dari bertemu Hani, kali ini dia bertemu dengan saingan hitam merah..... mereka berlawan dan berbalas-balas tendangan. Suara masing-masing lantang menjerit menjadikan suasana begitu hangat ditambah dengan sokongan semua teman-teman teakwando especialy Nantini dan Aimi dan jurulatih hani maju dan bersemangat untuk berlawan. "Tepuk! Saujana.... tab.. tab.. tab.. tab (bergeme tepukan dari semua penyokong saujana) Hani... Hani.... Hani.... suara mereka bergema diseluruh bangunan membakar semangat Hani di tengah gelanggang...... jantung ku turut berdegup kencang.....
Ecogreen
Khemah VVIP
Berkerja dipagi minggu memang mencabar. Kami dikehendaki berada dipejabat Bandar Puteri pada jam 7.00pagi dan bergerak ke tapak Ecogreen pada jam 7.30pagi selepas sarapan pagi nasi lemak sotong yang disedia kepada semua kakitangan yang bertugas. Aku telah ditempatkan di khemah VVIP. Mengawasi tetamu VVIP, pihak Media dan wakil persatuan penduduk dari Bandar Puteri dan Bandar Putera menikmati hidangan istimewa program Ecogreen.
Program berjalan lancar dan seperti yang dirancangkan. Banyak aktiviti yang telah disusun khas bagi semua penduduk beramah mesra. Sukanneka, untuk kanak-kanak dan orang dewasa mendapat sambutan. Pihak penganjur (IOI) menyediakan hadiah bagi semua pemenang dan cabutan 'Lucky draw' turut diadakan untuk menarik lagi ramai pengunjung setempat. Program mendapat kerjasama baik dari pihak Polis, Majlis Perbandaran Klang dan Adun kawasan. Acara kemuncak dimana Y.B Puan Dr. Siti Mariah Binti Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja menanam pokok sebagai menyokong program Ecogreen. Salah satu ucapan beliau yang menarik perhatian aku dimana berkenaan sikap kita yang kurang menghiraukan tentang kebersihan persekitaran kita. Sikap membuang sampah merata-rata sebagai contoh mencapak tisu, tin minuman atau apa saja dari kereta keluar menjadi contoh yang baik. Sekurang-kurangnya beliau melihat sikap buruk ini dan menegur semua yang hadir supaya tidak berbuat sedemikian.
Program dijangka tamat pada jam 12.30 tengahari, setelah tamat kami yang bertugas menjamu selera hidangan nasi beryani, kambing beryani, ayam merah dan dalca yang dimasak oleh warga Bandar Puteri. Hidangan yang istimewa dan enak menutup lelah kami berkerja di hari Ahad.
Sabtu, Julai 31, 2010
Bila orang tua merajuk....
Kesibukan itu jelas selepas dia pulang dari KDSI. Dia jarang menalipon dan hampir banyak panggilan kami yang tidak berjawab. Kadang-kadang Papa jengkel dengannya kerana keadaan ini. Namun, aku yang sering menjelaskan kepada Papanya keadaannya bila aku mendapat info dari blog dan FBnya. Pada masa tu, Papa reda dan akur..... aku sering menyarankan supaya Papa melihat sendiri diblog dan Facebook kalau nak tahu perkembangan abang dan kawan-kawannya tu. Maksud kawan-kawannya itu tak lain dari Zamer, Zuhir dan Ejai. Mungkin betul jugalah, faktor umur mempengaruhi..... aku mulai perasan dengan keadaan Amin yang sedikit sensitive kebelakangan ini. "Mama cakap kat abang... jangan minta top-up lagi dari Papa..." dengan nadanya yang agak keras, katanya satu hari bila sianak tidak menjawab panggilannya. "Pa.... dia orang sibuk la Pa.... Mama call pun dia tak angkat.... kat Facebook Mama tengok semua budak-budak tu tak update apa-apa pun...., tak percaya Papa buka internet...." aku cuba menjelaskan pada Amin. Macam Dania pulak..... dalam hati ku berdetik...... wah... boleh pening kepala macam ni! tak anak si bapa pulak yang pandai merajuk. Tapi mujur Amin boleh menerima alasan yang aku beri. Ini jelas bila beberapa hari lepas bila si abang call dia, dia semacam seronok dan memaklumkan pada aku..... memang sahlah Papa ni merajuk.... hahahahah
Rasa kecewa
Dengan seronok dia memaklumkan bahawa dia bersama 2 orang lagi rakan sekelasnya akan mewakili sekolahnya dalam pertandingan mewarna sempena kampen keselamatan Jalan Raya daerah Kuala Langat. Kerana itu juga dia dikehendaki berada di sekolah pada jam 7.00 pagi. Macam biasa Papa kenalah menhantar Dania ke Sekolah seawal jam 7.00 pagi dimana murid-murid yang terlibat dikehendaki berkumpul. Sebenarnya aku berasa amat belas kerana tidak dapat menyaksikan dan bersamanya hari ini, tapi bila Papa berjanji akan pergi menjenguk Dania di tempat pertandingan (Excellent, Sri Cheeding) itu nanti. Tak lama aku tiba di Pejabat Bandar Puteri, Dania menalipon ku. Dari nada suaranya sudah dapat ku teka.... "Assalamulaikum...." aku menyambut panggilan dari handphone Amin. "Mama.... Mama balik bila?" tanyanya. Kerana aku sedang dikelilingi oleh ramai rakan-rakan pejabat yang sedang sibuk, maka aku tangguhkan dulu panggilannya dan aku nyatakan bahawa aku akan menghubunginya semula. Bila semuanya selesai aku hubungi dia semula..... "Mama.... adik tak dapat hadiah la Ma...." suaranya sedih dan berbau kecewa..... "Ok la tak apa.... bukan adik jer yang tak dapat hadiahkan? ramai yang tak dapat jugakan?" kata ku padanya. Sekurang-kurangnya dia maklum bahawa kegagalannya untuk memenangi pertandingan yang disertai itu bukan miliknya seorang. Ramai murid-murid lain juga yang tidak mendapat tempat, memandangkan pertandingan diperingkat Daerah ramai penyertaan dan saingan juga hebat-hebat belaka. Setelah dipujuk dia reda, tapi dia masih ingin berkongsi keseronokkan bahawa salah seorang murid dari sekolahnya berjaya memenangi hadiah yang berupa sebuah basikal berwarna pink! Aku kira pastinya basikal pink itu menarik hatinya, kerana nada suaran dia menyampaikan kepada ku berbaur bangga dan gembira. "Oooo yer ker...? hebat la tu...." jawab ku padanya. Setelah bercakap dengannya aku minta untuk bercakap dengan Papa, dari Papa aku mendapat maklumat tentang pertandingan dan program yang disertainya...... Dania memang aku kenal pasti anak yang sensitive.... baginya apa yang disertainya pasti mendapat pengiktirafan, sebenarnya pendedahan begini begitu berharga dan penting bagi proses pembesaran dan kematangannya. Dia harus boleh melalui dan menerima dengan terbuka kegagalan dan kekecewaan bukan hanya kejayaan dan kemenangan. Inilah pelajaran yang tidak dapat dibeli dengan ringgit tapi pengalaman yang akan mengajar dia erti kehidupan dan kedewasaan...... semuga anak ku akan dewasa dengan cara yang sihat.... InsaAllah.
Jumaat, Julai 30, 2010
Golf??
Golf pulak? dengar Amin bercakap ditalipon. Selepas handphone dimatikan dia bercerita pada ku, hasrat anak bujangnya. Bila si abang call Papa malam Selasa lepas. Well tugas ku untuk mendapatkan informasi dan set dari Wak Z pulak. Abang ku memang sporting, tapi untuk berbicara dengannya harus pandai menggunakan bahasa. Dia agak sensitive dan ada anginnya juga. Intro kena betul dan baik..... well it is a good idea.... bla.. bla.. bla.... "abang baru jer bagi my golf set to somebody FOC, abang ingat tak ada orang yang berminat" katanya. "Well... you all datang next week we chit chat dulu la....., I like the idea kalau dia choose golfing" Esoknya Abang Man, cousin Papa pulak call perkara yang sama. Pasal golf set juga... "Amin, datangla rumah Abang Man...... kita sembang-sembang dulu, lama tak jumpa ni Min". Maklum dengan harga Golf set and the equipmentnya yang memang mahal.... so kenalah prepare the RM untuk get from these set from sifu-sifu ini.
Menurut kata Abang Zakaria, golfing memang sukan yang mahal tapi dia melatih individu kepada cara yang professional. Untuk bermain golf, pemain mestilah bersedia dengan kasut, Colar Shirt, proper attire is required and kemas tidak seperti sukan lain. Tahap professioanality pemain golf memang tinggi. Dia menyokong penuh hasrat Shafiq, memandangkan dia juga dahulunya merupakan pemain bola sepak bagi MAS. Rasanya dia berpengalaman dan arif tentang kebaikkan dan keburukan permainan rugby/kriket yang Shafiq ceburi. Abang ku juga turut banyak mengalami kecederaan semasa beliau aktif dengan sukan bola sepak. Kerana itu dia menyokong hasrat anak saudaranya untuk menceburkan diri kepada sukan Golf. Abang Zakaria minta kami kerumahnya minggu hadapan selepas dia pulang dari Bangkok. Aku cuba untuk menghubungi Shafiq untuk menyampaikan berita sokongan Wak Znya atas hasrat dan pilihannya, namun panggilan tiada berjawab. Aku hanya menghantar sms bagi makluman dia.
Kenduri arwah dan sambutan bulan Ramadhan
Aku merancang untuk mengadakan majlis yang sederhana untuk tahun ini, memandang waktu balik bermalam Shafiq tidak menentu maka agak sukar untuk aku merancang sebarang majlis. Hendak dibuat tanpa dia di rumah, tak kesampaian rasanya. Tahun lepas dia cuma dapat bersama semasa hari kami masak-masak, tapi majlis malam kenduri dia dah pun balik ke Universiti. Teringat peristiwa it aku tak merancang untuk majlis seperti biasa. Kalau ada pun cuma majlis keluarga minum petang sambil bercadang untuk majlis mesyuarat Massupi untuk Jamuan Hari Raya 2010. Nak pendekkan cerita aku talipon Cik Odah untuk bertanyakan kabar dan untuk memaklumkan cadangan aku. Sebenarnya semenjak arwah mak dan bapa dah tak ada memang Cik Odah dan Paman Jai tempat aku berbincang tentang hal-hal keluarga. Kebetulan Cik Odah merancang untuk mengadakan majlis Yasin dan Tahlil sempana Ramadhan, dia pun terus saja pelawa aku untuk bersama dengan majlis mereka. Pucuk dicita ulam mendatang, kecik tapak tangan nyiru aku tadahkan..... aku lantas berbincang dengan Amin dan bersetuju dengan cadangan Cik Odah. Majlis kami bersama majlis Cik Odah/Paman Jai di Batu Belah pada 24.07.2010 hari Sabtu kami bercadang untuk majlis mesyuarat Massupi dan Yasin/Tahlil selepas solat Isyak.
Majlis berjalan seperti dirancang, kami bermalam di rumah Cik Odah malam Sabtu dan teruslah aku bergelumang di dapur Cik Odah seawal solat subuh. Sambutan dari warga Massupi sangat menggalakkan, ramai yang hadir bersama kami bergotong royong. Tugas memasak berjalan lancar dan mudah, cuma kecoh bila kami sepupu-sepapat bertemu. Cik Odah dan Cik Wok memang sporting sama-sama aje kalau ada yang nak diusik. Selepas tamat mesyuarat aku dan Cik Wok ditugaskan untuk membuat ambeng.... 20 ambeng yang kami sediakan malam tu! termasuk untuk kami yang didapur.... malam tu kami semua makan dalam dulang, memang seronok dan menyelerakan lebih-lebih lagi bila makan berebut-rebut ni.
Habis majlis jam 11.00 malam kami bertolak ke Teluk Intan. Dalam kereta aku tertidur biarpun tidur-tidur ayam, letih betul rasanya, Amin memandu sendirian. Dia yang memahami keletihan aku membiarkan aku tidur sehingga sampai di Kampung jam 1.30pagi. Macam biasa rumah penuh dengan adik-beradik dan anak-anak buah Amin yang lebih awal sampai. Kami tak ada pilihan, menyelitlah kami di bilik yang sesak dengan beg pakaian. Tugas bermula lagi seawal 6.30 selepas solat subuh, memandangkan jemaah dari masjid akan sampai selepas solat zohor. Mujur mereka-mereka ini sudah pun menyediakan mana yang patut seawal malam lagi, jadi tidaklah tergesa-gesa. Majlis berjalan baik dengan tetamu dan jemaah yang ramai. Menu makan tengahari, Kari daging, ayam merah, ikan cuka, tumisan dan jelatah. Jam 4.00 petang selepas hidangan buah durian dari kebun Kak Nah, kami berangkat pulang. Sekali lagi aku, Dania dan Hani lelap dalam perjalanan. Amin yang juga kepenatan terpaksa berhenti di Tanjung Karang, kami solat Asar dan membasahkan tekak di Satay Hut. Hujung minggu yang penuh bermakna dengan ingatan untuk kesayangan ku yang telah menemuai penciptannya..... Semuga Allah mencucuri rahmah dan hidayahnya kepada mereka-mereka ini.... Alfatiha....
Jumaat, Julai 23, 2010
Anjing yang bijak
Sejak kebelakangan ni banyak pulak anjing-anjing liar berkeliaran dikawasan pejabat. Dah berapa kali kami buat aduan ke Majlis Perbandaran Klang untuk melapurkan berkenaan anjing liar. Dan pihak MPK pun dah banyak kali datang buat tangkapan. Tapi anjing-anjing ni semuanya pandai, dia tahu bila bahagian tangkapan datang binatang-binatang ni semuanya menghilangkan diri dan lari entah kemana. Lately adalah sekor anjing betina yang bunting datang dan beranak di Pam Station IWK depan pejabat aku. 4 ekor anaknya semua jantan, tapi anak-anaknya semua cantik-cantik dan hilang dicuri orang, masa bila orang datang ambik kami tak tahu. Tinggallah seekor anaknya yang tinggal... melolong-long si ibu anjing ni memanggil anak-anaknya. Mungkin kerana takut anaknya dicuri lagi, dia mencari lokasi baru... perpindahan dari Pam Station ke tempat baru. Dalam perjalanan membawa anaknya, si anak jatuh ke dalam longkang yang berair. Mujurlah pekerja kedai sebelah ni ternampak dan menyelamatkan si anak anjing ni tadi..... sejak dari hari itu anak anjing tadi dijaga oleh pekerja India kedai sebelah ni. Ibu anjing ni tak habis menyalak dan mengejar-ejar budak India dan siapa saja yang melintas depan pejabat/kedai untuk meminta anaknya semula. Sibudak India ni pulak berkeras untuk menjaga anak anjing ini, katanya takut nanti masuk dalam longkang lagi. Alahai....! kesian betul kami tengokkan si ibu anjing ni, yang kami panggil Gegirl. Setiap hari aku suruh budak India sebelah ni memulangkan anak anjing tu pada ibunya. Si budak India ni pulak dah sayang dengan anak anjing yang comel dan montel ni, aku panggil anak anjing ni si 'kuty' dalam bahasa tamil 'kecil'. Si Kuty ditimang, diberinya susu dan makan sehingga si Kuty lebih sayang si budak India ni dari Ibunya. Bayangkan... kalau 'Gegirl' pandai bercakap pasti dia sedih bila anaknya diambil orang dan lebih suka orang lain dari dirinya bukan? Keadaan ini belalu selama 3, 4 hari, dan selama itulah aku selalu membebel dengan budak India sebelah supaya menyerahkan Kuty kepada Gegirl. Tiap kali aku bercakap si Gegirl akan memerhatikan aku didepan pejabat ni. Aku pun takut juga dikejar atau digigit si Gegirl ni.....
Satu hari, kalau tak silap aku hari Selasa aku sampai ke pejabat dan buka pintu kereta, aku terkejut si Gegirl tunggu aku di depan pintu kereta. Takut juga aku nak keluar kereta tapi bila aku tengok muka dia.... hish! macam baik pulak..... Aku tanya dia "kenapa Gegirl?" aku ni memang la bangsa orang yang bercakap dengan binatang... hahahaha..... dia seolah-olah mahu berkata-kata, dengan matanya yang lembut dan kepalanya yang ditelengkan kesisi dia diam dan duduk menunggu aku keluar dari kereta. Tiba-tiba budak India pekerja kedai tu datang kepada ku memberitahu aku bahawa Gegirl sudah boleh menerimanya dan jinak dengannya. Malah rantai besi dilehernya yang sudah melintang hingga ke kaki depan kanannya juga sudah boleh dibuka. Sebagaimana yang pernah aku suarakan kepada budak India tu selalu, kalau boleh dibukakan rantai leher Gegirl, supaya senang sikit dia berjalan. Rupanya dia tau yang selama ini aku dan Ija cuba membantunya untuk mendapatkan anaknya. Memang betullah binatang ni memang boleh faham cakap manusia sebenarnya. Tapi yang lawaknya, aku dan Ija pun memang bercakap dengan binatang. Macammana aku cakap dengan si Putih dirumah macam tu lah aku cakap dengan si Gegirl. Kekadang terfikir bagaimana seekor binatang itu mampu punya perasaan kasih sayang pada sianak sedang ada pula manusia diluar sana yang tergamak dengan sengaja membuang anak mereka sendiri? tidak kah binatang ini lebih baik mertabatnya dari manusia yang melakukan perbuatan terkutuk pembuangan anak ini?
Kasut lama
Usia kasut Polo ku dah hampir mencecah 6 tahun! Papa beli sempana Hari Raya, macam tak percaya pulak. Harganya kalau tak silap RM140.00 Ianya masih cantik, masih selesa ku pakai. Cuma dibahagian dalamnya agak lusuh, sebab lapisan bahagian dalam sudah mula terkopek-kopek. Hajat dihati untuk mendapatkan kasut baru untuk menggantikan yang lama sempena Hari Raya nanti. Biasanya aku pakai kasut ini dengan Jubah or Abaya atau Jeans. Its look nice and I feel very comfortable and confidence. Nampaknya kenalah survey dulu sebelum buat pilihan, tapi rasanya dah dapat digambarkan kasut yang macam mana yang bakal aku cari menggantikan yang lama ni. Hah..! tak sabar rasanya nak pergi shopping kasut and to get a new Jubah baru sempena Hari Raya...:) Betul juga kata bidalan.... "alah membeli menang memakai"
Ahad, Julai 18, 2010
Hujung minggu bersama anak-anak
Hampir 2 minggu kami tidak berjumpa, memandangkan ada beberapa barang keperluannya yang kekurangan, kami bercadang untuk ke U berjumpa diwaktu makan tengahari. Macam biasa kalau dah ke U, aku pasti akan berpicnic dikawasan universiti. Memandangkan lokasi untuk menjamu selera agak kurang selesa dan jarak dari tempat letak kereta ke kawasan kami makan agak jauh maka agak sukar untuk membawa hidangan yang remeh atau lauk yang berbagai. Tiap kali kami ke UPNM, pack food saja yang sesuai dan mudah untuk dibawa. Hari ini aku hanya menyediakan nasi ayam, kek kelapa pancawarna, mangga dan teh limau untuk anak-anak. Shafiq memaklumkan bahawa temannya (Ika) yang memberikan aku 'surprise' akan mengunjunginya di University. Inilah peluang untuk kami berkenalan, memang menjadi lumrah dia akan memperkenalkan semua rakan-rakannya kepada kami. Tabiatnya sedari dia di Kusses lagi. Satu keistimewaannya kerana biasanya dia juga akan bercerita tentang setiap kenalannya.
Bila dah berkumpul, anak-anak akan bercerita perkembangan diri mereka juga segala suka dan duka perjalanan hidup seorang kadet didalam pengajian yang begitu mencabar. Seperti biasa Ejai memang pandai melawak, riuh suasana dengan gelagatnya. Zame agak kurang sihat sejak beberapa hari katanya, tapi bila dah berjumpa dan berkumpul seperti biasalah sakat menyakat tak habis antara mereka. Kumpulan kami kurang keahlian bilamana Zuhir tidak dapat bersama kerana 'cirit birit' kesian dia.... mungkin ada tersalah makan atau keracunan makanan agaknya. Walau bagaimanapun aku bekalkan anak-anak ini sedikit makanan untuk dikongsikan bersama Zuhir yang ketinggalan dalam pertemuan kami hari ini.
Sabtu, Julai 17, 2010
Anak angkat
Selepas menjemput Dania dari Smart Reader's aku ke STC untuk menjemput Hani seperti biasa. Dania meminta supaya kami menunggu di kereta, kerana dia mahu membaca buku barunya.... kalau dia membaca memang dengan suaranya yang kuat dan dia minta supaya aku mendengar bacaannya. Bila tamat sessi latihan ramai anak-anak yang mula turun, Hani merupakan orang yang terakhir. Dia minta aku menunggu kerana katanya Nantini berhajat berjumpa dengan ku. Pelik dengarnya.... Rupanya dia secara peribadi memohon supaya aku menerimanya sebagai anak angkat.....! Ya Allah... terharunya aku dengan permohonan anak ini. Aku tidak pernah menyangka bahawa selama aku disayangi bukan oleh anak-anak ku sendiri malah oleh teman-teman anak-anak ku juga..... sebenarnya biarpun aku mengasihi anak-anak ku dengan sepenuh hati lebih dari jiwa dan raga ku sendiri namun kasih sayang itu sentiasa ada untuk dikongsikan bersama insan yang berpangkat anak.... biarpun mereka bukan dari darah daging ku. Kasih sayang dan perasan keibuan tidak perlu ringgit untuk diberi. Ianya lahir dari hati...... aku kira setiap insan yang bergelar ibu mempunyai perasaan yang sama dan sependapat dengan ku.
Sepanjang jalan pulang aku tersenyum mengenangkan peristiwa yang baru berlalu sebentar tadi. Hati ku berbunga malam ini dengan peristiwa malam (16.07.2010). Aku mengenali Nantini sejak Hani mula menceburkan dirinya dengan sukan Teakwando pada tahun 2005. Dan dari pengamatan ku, gadis ini merupakan anak yang bersopan-santun., walaupun terdedah dengan sukan yang lasak, namun tidak menggugat kewanitaannya. Dia pandai menyesuaikan dirinya dengan keadaan sekeliling. Minatnya yang mendalam terhadap sukan Teakwando telah melayakkan dirinya dan terpilih di rank ke 2 sebagai salah seorang calun untuk ke Maxico bagi mewakili negara pada tahun 2009. Pergaulannya yang terdedah dengan berbagai bangsa membuatkan dia tidak kekok dengan adat melayu dia biasanya akan bersalam dan mencium tangan orang yang lebih dewasa darinya ketika di Center dan bila bertemu dimana juga, sebagai tanda dia menghormati seseorang. Dia adalah satu-satunya anak perempuan jurulatih STC. Gadis yang istimewa dan ku kira dia cukup tegas dan berdisplin dalam menjalani hari-harinya. Aku menerimanya dengan hati yang terbuka dan merasakan seperti 'bulan jatuh keribaan ku'
Jumaat, Julai 16, 2010
night shopping
Memandangkan Ramadhan dah tak berapa lama lagi, anak-anak sibuk bertanyakan persiapan baju raya masing-masing. Setelah berbincang dengan Papa, finally dapatlah sikit allowcation budget untuk baju raya Hani dan Dania. Seperti tahun-tahun yang lalu, aku bersedia lebih awal dan berdikit-dikit untuk semua persiapan raya. Tapi tahun ni macam tak boleh la pulak nak allowcate persediaan raya seawal tahun lalu, kebetulan banyaklah pulak hal yang nak diselesaikan. Well... biasalah tu..... rezeki ada dimana-mana nak-nak untuk anak-anak ni. So bila Papa hulur jer RM tu dan kebetulan dia ada dinner, so pengumuman untuk Hani dan Dania bersiap dibuat. "Siapa nak ikut Mama beli baju raya.... cepat siap, lepas maghrib kita keluar" Macam tak percaya pulak budak 2 orang ni... "nak pegi mana Mama?" tanya Hani, "kita tengok baju raya kat pekan, ramai orang datang sini untuk beli kain, kita beli baju dah siap jer kat sini". jawab ku, memang tak mahu dia orang buat suggestion. Sebab biasanya dia orang ni suka untuk ke KL dari shopping di Banting. Siap solat maghrib Papa pun keluar..... sebab dah janji dengan kawan-kawannya. kami 3 beranak menyusul kemudian. Sebenarnya ini adalah kali ke2 kami bershoping 3 beranak. Pada awal bulan Hani dan Dania sudah pun mendapat sepasang seorang baju Raya, tapi rasanya tak cukup tu.... memang hajat dihati untuk menyudahkan persiapan mereka berdua lebih awal. Untuk si abang tak tau lah lagi, bergantung pada cuti dia dan pilihannya nanti...... pandai si adik berkata "Mama.... kalau ada abangkan best! kan Ma...., kesian abang tak beli baju raya lagi" siapa lagi kalau bukan si Dania yang memang pandai berkata-kata. Dialog dia memang tak diduga tu.....:)
Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, tengok kalau ada yang berkenan dan buat perbandingan harga dan mutu kain dan jahitan. Tapi memang tak ada masaalah untuk memilih kerana semuanya cantik dan harga pun berpatutan kalau dibandingkan dengan membeli kain dan tailoring, upah untuk sepasang baju kurung biasa sekarang RM35 ke RM45, bayangkan kalau baju kebaya or fashion? untuk sepasang baju lace with lining upah yang sudah ku tanya RM130 belum harga kain, bayangkan berapa harga sepasang baju jadinya. Setelah mengira kos dan masa yang diperlukan, aku bercadang untuk membeli baju siap untuk Hani dan Dania. Si Papa pulak menegah aku dari menghantar ke tailor ku yang biasa kerana sudah 3x si tukang jahit menjahit baju Hani tidak mengikut tempahan kami. Mana tak berangin, bila bahan yang sepatutnya di buat baju menjadi kain dan bahan untuk kain menjadi baju, yang lebih menyedihkan lagi bila mana baju kurung ku yang ku hantar seawal 3 bulan sebelum puasa siap lewat malah koyak dibahagian leher kerana gara-gara sterikanya yang terlalu panas. Kecewa betul aku dengan tailor ku ni.... tapi nak buat macam mana malang tak berbau, lagi pun kami berjiran jadi tak elok la nak cakap banyak, harap dia akan faham sendiri dengan tindakan aku yang berhenti mengupah darinya. Tapi sebenarnya secara diam-diam aku ada juga hantar sepasang kain untuk dia jahit, tapi dapat ditangkap oleh Amin..... mak ai... "Mama ni kan tak serik-serik la? kata Papa. "Ala Papa, Mama malas la nak cari tailor... lagi pun kain ni murah jer....." jawab tu dengan nada yang menurun, maklumlah dah langgar larangan..... hahahahaha.....
Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, tengok kalau ada yang berkenan dan buat perbandingan harga dan mutu kain dan jahitan. Tapi memang tak ada masaalah untuk memilih kerana semuanya cantik dan harga pun berpatutan kalau dibandingkan dengan membeli kain dan tailoring, upah untuk sepasang baju kurung biasa sekarang RM35 ke RM45, bayangkan kalau baju kebaya or fashion? untuk sepasang baju lace with lining upah yang sudah ku tanya RM130 belum harga kain, bayangkan berapa harga sepasang baju jadinya. Setelah mengira kos dan masa yang diperlukan, aku bercadang untuk membeli baju siap untuk Hani dan Dania. Si Papa pulak menegah aku dari menghantar ke tailor ku yang biasa kerana sudah 3x si tukang jahit menjahit baju Hani tidak mengikut tempahan kami. Mana tak berangin, bila bahan yang sepatutnya di buat baju menjadi kain dan bahan untuk kain menjadi baju, yang lebih menyedihkan lagi bila mana baju kurung ku yang ku hantar seawal 3 bulan sebelum puasa siap lewat malah koyak dibahagian leher kerana gara-gara sterikanya yang terlalu panas. Kecewa betul aku dengan tailor ku ni.... tapi nak buat macam mana malang tak berbau, lagi pun kami berjiran jadi tak elok la nak cakap banyak, harap dia akan faham sendiri dengan tindakan aku yang berhenti mengupah darinya. Tapi sebenarnya secara diam-diam aku ada juga hantar sepasang kain untuk dia jahit, tapi dapat ditangkap oleh Amin..... mak ai... "Mama ni kan tak serik-serik la? kata Papa. "Ala Papa, Mama malas la nak cari tailor... lagi pun kain ni murah jer....." jawab tu dengan nada yang menurun, maklumlah dah langgar larangan..... hahahahaha.....
surprised...!
Aku tiba dirumah agak awal kerana hari ini Papa ke Puchong untuk 'test cube' jadi tugas menjemput Dania terserah kepada ku. Sampai dipintu rumah aku terlihat sebuah kotak.... "Siapa punya ni Kak?" tanya ku pada Hani. "Mama la...." jawab si Hani ringkas. Ooii...! Mine??? from where ?? tanya ku sendirian. Ku capai bungkusan dan melihat tulisan nama pengirimnya (Nurulain Shafiqah). Hish! kawan abang ni..... "Kakak... call abang tanya dia, kawan dia ada hantar parcel untuk dia ni kut...!" aku menyuruh si Hani call abangnya. "Itukan nama Mama..... Mama punya la....." jawab Hani lagi. Ewah.. ewah...! budak ini menjawab pulak la dia...... hati ku berkata lagi. "Mama punya la ni... kan nama Mama...." sampuk si adik. "Ma... adik bukakkan ya...?" anak ku yang bongsu ni mamang baik hati, kalau hal-hal begini dia memang rajin membantu. Hati ku masih berkata dan meneka.... "is this really for me...?" Anyway aku pesan pada Dania, supaya buka hati-hati, well... coz I don't know what is inside. Alangkah terkejutnya aku bila kotak dibuka.... apa yang ku lihat sehelai kain berwarna 'meroon' atau 'merah hati' dengan bersulam dan berbunga timbul bersama 2 decorative alphabet 'H' dan 'D' berwarna biru yang comel dan menarik. To Nurulain Shafiqah, Thank you so much..... and to be frank Iam so surprised bila menerima 'kejutan' begini. My special thanks to this young lady and I wrote her an email after calling my son to inform him what a surprise I got today. Terima kasih Ika semuga kamu mendapat rahmat Allah dan sentiasa diberkati dengan kejayaan mengejar cita-cita yang murni dan kesihatan yang baik, InsaAllah.....
Ahad, Julai 11, 2010
Sahabat yang bermusuh digelanggang!!
(personally its touch me...... how they love my daughter too...:)
Terkejut dan sedih bila pindaan dibuat disaat akhir pertandingan, bila mana Hani (light category) terpaksa bertemu di gelanggang bersama Nantini (light middle category). Mereka merupakan teman dari kelab Saujana Teakwando yang sentiasa bersama ketika latihan di centre. Tapi kerana sukan MSSD mereka mewakili Sekolah, maka tidaklah dapat disalahkan mereka berjumpa ketika digelanggang arena. Nantini berhajat untuk masuk ke MSSS maka dengan itu dia akan berusaha untuk mendapatkan pingat emas bagi melayakkan dirinya. Hani sememangnya akur dengan kemampuan dan ketangkasan Nantini ketika digelanggang, dan dia merasakan tentangan yang hebat bakal diterima. Tetapi adalah menjadi adat pertandingan ada yang menang dan akan ada yang kalah, mereka terpaksa bersaing demi sebuah pertandingan tetapi mereka sebenarnya adalah sahabat dan amat baik dan saling memahami. Disinilah bermulanya tekanan bagi 2 bersahabat ini...... Mereka berlawan seperti musuh tapi mereka ini sebenarnya adalah sahabat baik..... :)
Seawal jam 7.20pagi kami telah pun berada di Dewan Sekolah Agama Menengah Tengku Ampuan Rahimah, Sungai Manggis, kerana hari ini (11.07.2010 - Ahad) merupakan hari yang telah ditetapkan untuk pertandingan Teakwando peringkat Daerah Kuala Langat. Hani dijadualkan bertanding di ring B dengan nombor giliran 73. Seperti yang dijadualkan majlis akan tamat pada jam 8.00 malam.
Sejak kebelangan ini keadaan kesihatan Hani agak kurang stabil dia menghidap migrain dan muscle spasm dipinggangnya, selepas pertandingan dia diserang sakit kepala dan perlahan-lahan dia jatuh kelantai, tapi mujur aku, Nantini dan Aini sempat menyambutnya dan memberikan dia bantuan untuk memulihkan keadaannya. Setelah ditanggalkan segala peralatan (Vest, shingguard dan armguard) pertandingannya dan menenangkan keadaannya, Hani beransur pulih..... dan boleh berjalan tanpa dipapah..... mujur aku tidak panik dan berjaya mengawal keadaannya dan dia juga cukup memberikan kerjasama untuk pulih..... Inilah pertama kali Hani berkeadaan begini i selepas pertandingan...... aku agak bimbang dengan keadaannya, aku kira anak ku ini perlu diberikan sokongan dan keyakinan diri untuk mengawal emosi ketika berada dalam situasi yang mencabarnya...... Anyway Hani berjaya mendapat pingat perak dan Nantini mendapat pingat emas seperti yang diidamkan....... Syukur Alhamdulillah.....
Sesuatu yang istimewa ingin aku kongsikan kepada semua yang membaca kisah ini, dimana walaupun diantara parents kami jarang bertemu, namun tiap kali bertemu kami seumpama saudara biarpun berlainan bangsa... terharu dengan keiklasan para jurulatih yang kebanyakannya berbangsa India, isteri Mr. Ari dan ibu Safuan yang sudi mengalungkan semula pingat yang dimenangi oleh Hani dan teman-teman teakwando lain.... satu keistimewaan adat orang india, meminta restu kepada guru atau orang yang lebih tua sebagai tanda terima kasih mereka..... satu pengalaman baru bagi ku..... bilamana anak-anak berlari-lari untuk meminta restu jurulatih dan ibu bapa masing-masing, peserta-peserta yang bukan India juga berbuat yang sama termasuk Hani, terpaku aku melihat isteri Mr Ari mengalungkan pingat and mencium Hani seperti anaknya sendiri layaknya begitu juga Nantini meminta aku mengalungkan pingat kelehernya semula sebagai meminta restu akan kejayaannya dengan spontan juga aku mencium juga memeluknya erat yang merupakan sahabat anak ku Hani. Terasa konsep 1 Malaysia terterap dalam jiwa kami secara tak langsung dan kasih sayang ku mengalir kepada anak itu......:)
Jumaat, Julai 09, 2010
Muscle Spasm
Aku sengaja mengambil cuti pada 8.7.2010, tujuan untuk membawa Hani ke Doctor kerana sakit pinggangnya yang sudah berlanjutan selama 2 bulan. Temujanji dengan Mr. Ari, coach teakwando Saujana dan Nantini anak Mr. Ari pada jam 2.00 petang di Hospital Daerah Banting.
Jam 1.45ptg aku dan Hani sudah pun disampai di klinik pesakit luar. Setelah mendaftar, Hani dipanggil untuk rawatan di bilik 5. Macam biasa Doctor akan bertanya sakit apa? setelah dijelaskan tentang penyakit Hani, ujian air kencing dan X-ray di buat. Keputusan ujian kami dapati dalam masa 1 jam dan kami dipanggil semula. Ujian air kencing baik tiada batu karang juga jangkitan, tiada masaalah. Tapi dari X-ray Doctor mengatakan terdapat 'muscle spasm' atau dalam istilah bahasa melayu 'kekejangan otot' dibahagian pinggang kanan Hani. Masaalah yang sama dihadapi oleh Nantini dan mereka diminta supaya berihat dari aktiviti extreme.
Sebenarnya bukan mudah untuk Hani mendapat keyakinan Doctor untuk X-ray.... aku terpaksa menjelaskan keadaan Hani yang merupakan peserta teakwando dan akan terlibat dengan pertandingan teakwando peringkat dearah pada 10hb July 2010 (Ahad). Hani sudah pun mendapat rawatan di hospital sebanyak 3 kali, dan menerima suntikan menahan kesakitan sebanyak 2 kali ketika mengalami 'acute' dipinggangnya. Dalam keadaan ini aku tidak boleh membiarkan Hani diberi suntikan menahan sakit apabila dia diserang muscle spasm. Rawatan urutan juga telah kami usahakan tetapi tidak dapat membantu Hani menghilangkan penyakitnya. Doctor menyarankan supaya amalan menggunakan 'Hot Pad' ditempat yang sakit digunakan bagi mengurangkan kesakitan yang dialami dan krim panas untuk mengurangkan serangan. Mr. Ari mencadangkan supaya aku mendapatkan khidmat ubat cina sebagai iktiar membantu Hani, tetapi cina singseh hanya memberikan kami 'koyok' berubat selain dari saranannya supaya berehat sementara dari aktiviti sekarang.
Kesemua usaha aku laksanakan semuga dia akan dapat dipulihkan.... tapi nampaknya coach masih mahu Hani dan Nantini supaya meneruskan pertandingan pada Ahad ni... dan akan memberikan mereka rehat selepas pertandingan MSSD. Untuk Hani segala iktiar supaya dia pulih kami usahakan dan dia juga kelihatan memberikan kerjasama baik dan bersedia untuk ke pertandingan yang bakal menjelang. Semuga mereka berjaya mendapatkan pingat seperti yang diidamkan.... InsaAllah.
Isnin, Julai 05, 2010
Cuti semalam
"Mama boleh ambik abang kat U pukul 8mlm tak?" amboi... tak pernah balik malam kenapa pulak dia minta ambik malam... "boleh...." jawab ku. Papa ada appointment nak ke keluar dengan kawan-kawan consultant dan contractor. Aku pulak ada Massupies ladies meet up di Sayang Manis. Dania ada kelas teakwando, Hani tak nak ikut dia nak rehat kat rumah sebab penat kemas bilik dia. Selepas berbincang dengan Papa, bla.. bla.. bla and Papa call Abang, bla... bla... bla... dia minta diambil di Sunway Pyramid pulak. Ok jam 8.00 kami jumpa di Sunway Pyramid. Kami meet di Baskin Robinson, macam biasa la...bila jumpa kami bercium dan peluk dia, walaupun dah besar panjang... tapi masih dicium juga macam baby.....:) Anak pertama kami jumpa Zamer, memang lama tak jumpa anak-anak ni.... bila jumpa saje si Zamer, Papa pun terus cium dia.... aku tau Papa pun rindu dengan anak-anak ini yang kerap ke rumah dan dah kami anggap seperti anak kami sendiri. Perasaan rindu memang tak dapat dibendung bila jumpa mereka... aku pun cium anak ini sebagaimana aku cium Shafiq. Mungkin juga anak-anak ini malu bila dicium pipi dan dipeluk, maklum la dah besar panjang..... tapi itulah ciuman dan dakapan rindu Papa dan Mama sebenarnya.......Rindu betul la Cik Su dengan kamu orang ni...... mungkin anak ini malu dicium macam anak-anak kecil. Tak lama muncul Zuhir dan Ejai.... anak-anak ini bila berjumpa akan menyalami kami dan mencium tangan kami, mereka begitu hormat akan kami...... mereka ini anak-anak yang baik dan bersopan. Ejai dan Zuhir kami cium dan peluk seperti Zamer. Malah si Ejai, Papa peluk sampai anak ini terangkat dibuatnya. Ejai anak yang selalu menghiburkan, kerenahnya mencuit hati, Dania cukup sayang dengan Abang Ejai. Nak menitis airmata bila jumpa anak-anak ini yang telah sebulan kami tak melihat mereka. Alhamdulillah mereka dalam keadaan baik tapi semuanya bertambah gelap kerana latihan dan kawat. Malam ini Shafiq bawa kawan baru yang akan ikut bermalam di rumah, Tuah namanya orang Tanah Merah, Kelantan. Bertambah meriahlah kami nampaknya...:)
Anak-anak berhajat untuk berbowling..... so kami ikut mereka untuk mereleasekan tension selama 1 bulan terkurung di U. Sementara abang-abang bowling Dania yang lepas latihan teakwando mengadu lapar. So, sambil tunggu abang bowling Hani dan Dania makan dinner dulu. Abang and the geng nak makan dinner kat kedai mamak sambil tengok bola German vs Argintina.
Untuk pertama kalinya bila anak-anak balik ramai-ramai kami makan bersila dilantai. Bayangkan bila dah ramai mana nak muat meja. Jadi bersilalah kami beramai-ramai sambil menikmati hidangan tengahari yang cukup menyelerakan anak-anak. Menu kari daging tetel, kicap daging, kankung goreng belacan, tahu goreng, popodam dan budu. Tuah nampak berselera dengan hidangan budu. Shafiq minta supaya dibekalkan makanan untuk makan malam mereka di University memandangkan petang ini mereka ada latihan kawat untuk majlis penutup hari Isnin. Aku sempat membuatkan kek kelapa butter untuk bekal mereka. Semua anak-anak ku bekalkan makanan sama rata supaya tidak ada yang berkecil hati atau tidak makan malam kerana latihan mereka nanti bakal mengambil masa dan tenaga. Papa pula tak keberatan menggosokkan baju anak-anak ini yang telah aku cucikan awal pagi tadi untuk dipakai balik nanti.... pendek kata bukan saja dimanja malah mereka mendapat layanan sama rata seperti Shafiq. Memandangkan kereta dah cukup penuh dengan 5 anak-anak teruna, maka Papa hanya pergi sendirian menghantar anak-anak balik ke Sg. Besi. Untuk anak-anak ini, tiada balasan yang kami harapkan untuk apa yang kami berikan..... kejayaan kalian dan doa kesejahteraan untuk kami cukup bagi kami..... Amin......
Jumaat, Julai 02, 2010
Hidangan tengahari (lunch)
Pening bila memikirkan menu untuk dimasak setiap hari. Mujur juga di peti sejuk ada telur itek yang aku beli di Bota belum bersentuh. Fikir-fikir kalau masak lemak cili padi telur itek pun bagus juga. Tapi kali ini aku tak letak suun, supaya dia lebih berkuah. Sebab kalau ada suun, kuah tu nanti akan meresap ke suun pulak. Labu yang aku beli minggu lepas pun masih banyak, masa aku masak lemak pucuk ubi dengan labu minggu lepas, lebih sedap kalau labu ditumis dengan cili kering, ala-ala indian style.... :)
Langgan:
Catatan (Atom)




